new bloglist
new home new bloglist new bloglist

08 Mac, 2012

Home » » Siapa Yang Suka Dengan Masalah?

Siapa Yang Suka Dengan Masalah?

Masih tak mampu meyakinkan orang, kenapa? Mungkin sebab diri sendiri pun belum yakin sepenuhnya.

Sigh..

Keluhan yang mampu dikeluarkan dari mulut. Mak cakap, jangan mengeluh. Sebab sekali kita mengeluh, banyak masalah yang akan datang kat kita. Cukuplah masalah-masalah sedia ada yang aku terima, taknak lagi masalah lain yang bakal aku hadapi. Tapi mungkin jugak masalah-masalah sedia ada tu sebenarnya dari keluhan-keluhan sebelum ni. Wallahu a'lam..

Itulah aku. Bila ada masalah je perkara pertama yang aku akan buat adalah mengeluh. Sepatutnya cari solution untuk masalah tu, bukannya mengeluh. Biasalah, kalau orang lain pun mungkin tak semua tapi majoriti manusia akan mengeluh dulu bila hadapi masalah. Betul tak? Aku pun tergolong dalam majoriti tersebut.

Jangan terus menerus memikirkan masalah, fikirkan cara untuk selesaikan masalah tersebut.

"Kau cakap senanglah, sebab bukan kau yang hadapi masalah tu,"

Cakap memang senang, hanya perlukan mulut dan lidah untuk berkata-kata. Sama jugak, kalau kita terus fikir masalah. Penyelesaian untuk masalah itu akan datang sendiri ke? Tak jugak. Kita kena fikir penyelesaiannya, sebab penyelesaian bagi masalah kita tak akan turun dari langit senang-senang macam tu saje.

Masalah aku biar aku saje yang fikirkan, kau yang takde kena mengena tak payah nak masuk campur.

Jadi, apa gunanya kawan? Adakah mereka hanya sebagai hiasan semata? Ataupun insan yang hanya diperlukan ketika kita senang? Mungkin ada yang beranggapan kewujudan kawan ketika kita ada masalah hanyalah untuk menyibuk, merumitkan lagi masalah kita. Tapi kita pernah fikir tak, kenapa mereka ditakdirkan bersama kita ketika kita kesusahan. Mungkin jugak mereka adalah salah seorang insan yang akan menolong kita ataupun bersama kita hadapi masalah tersebut. Allah itu maha adil. Jadi tak perlulah kita sombong dengan pertolongan yang kawan kita tawarkan.

Ye, aku tahu. Makin lama entri aku makin bermotivasi. Mungkin kena dengan situasi aku sekarang, sedang bermotivasi kepada diri sendiri. Aku sendiri merindui entri-entri blog aku sebelum ni, yang lebih ceria seolah-olah tiada sebarang masalah aku sedang hadapi. Walaupun entri aku sebelum ni berkenaan masalah aku, tapi cara penyampaian aku masih ceria. Mungkin faktor usia.. Oh tidak! Aku dah tua ke? 


Hadapi masalah dengan senyuman...




Aku kembali bergiat aktif dengan blog.
InsyaAllah berterusan walaupun busy.
hehe

2 virus attack:

Ym.Bundle [Blog.Sampah] berkata...

layan lagu hadapi dengan senyuman by Dewa pon ok..serius time aku down dulu memang bg semangat sikit..hihi

cik zaza berkata...

@Ym.Bundle [Blog.Sampah] yeke.. ok2 nanti aku dengar lagu tu.. tq