Matang.. Lah Sangat.

Biarpun banyak rintangan yang mendatang, tapi hatiku tetap dan pasti akan teruskan apa yang telah ku mulakan.


Salam 'alaik..

Sekali lagi kata-kata semangat dari aku yang semakin lama semakin hilang semangat. Biasalah kalau dah banyak sangat penghalang dan banyak sangat benda yang berlaku seolah-olah mengharap aku supaya berhenti melakukan pengorbanan terhadap perkara yang sangat baik bagiku.

No.. No..

Itu semua hanyalah ujian dan dugaan yang harus aku tentang habis-habisan. Tetapkan niat semula, ingat matlamat. Memang betul, tak semua di atas mukabumi Allah ini yang suka melihat kita melakukan kebaikan. Dan tak ramai jugak yang suka lalu membantu aku melakukannya.

Sebenarnya sekarang kami dah start cuti mid sem tapi aku masih di rumah sewa berusaha menyiapkan kerja-kerja dan assignment yang lecturer bagi sebelum cuti aritu. Satu dah siap dan hantar sebab yang satu tu ada deadline so aku pun dengan pantas siapkan yang satu tu. huhu. Ada lagi berapa aku pun tak ingat masih dalam proses pencarian maklumat. Mungkin tak dapat nak siapkan hari ni jugak. Kalau boleh dalam seminggu cuti ni jugak aku nak siapkan. Supaya takde yang bersangka buruk kat aku, kata aku kat sini tak belajar, kerja selalu tak siap. Orang boleh sesuka hati cakap sebab dia takde di tempat kita. Mulut orang bukannya boleh tutup macam mulut tempayan.

Mungkin korang nampak entri aku sekarang ni agak bermotivasi dan serius. Dan korang start kata,

"Blog minah ni dah makin serius la, tak best,"

Sebelum ni pun bukan best sangat blog 'minah ni'. hehe.. Anggap saje lah aku dah semakin matang. Walaupun agak pelik bila baca perkataan 'matang' tu even berulang kali sekalipun.. Masih pelik. Tapi aku akan cuba untuk biasakan. huhu..

Ulasan

Ym.Bundle berkata…
ok je blog minah ni..aku suke je baca sebab jarang hapdet..ekeke..aku tengok pon nampak la ciri2 semakin tua tu zaza..hehe..
Zazachan berkata…
@Ym.Bundle [Blog.Sampah] kau nak mentuakan aku memang nombor 1..huhu
izzati berkata…
alahai.... matang ker? hahahahaha..
matang tp jiwa muda xpe kan?

just ignore ape saje yang orang cakap. manusia...memang macam tu.
Zazachan berkata…
@izzati yup.. i'm ignoring them and continue whatever i've started.. :) rindu kat kau...
Wafa Awla berkata…
matang? alahai ...standard la tu, dari orang tak matang yang asyik nak tulis bende mengarut kan ? keep it up ! yeah !
Shiema Sufian berkata…
Makin hari makin ade perubahan kpada diri kita tanpa kita sedar mahupun kita sedar (:
Zazachan berkata…
@... Wafa Awla ... thanks for your supportive comment..tu lah, manusia hanya mampu mengeji bnde yg mereka nmpk tapi kalau benda baik yg dia nampak mungkin ada yg memuji tapi ada jugak yg tak suka. betul tak? :)
Zazachan berkata…
@shiema sufian betul. thanks shiema.. perubahan yg berlaku tu tak kisahlah baik ataupun buruk sebenarnya juga akan beri impak kepada masa depan kita. :)
Black berkata…
wah~ kalau macam tu , saya pun nak matang jugak la :D
mari kita matang sama-sama !
haha . dah macam kempen je rase :|
Zazachan berkata…
@|| amira || haha.. kempen matang bersama2..
Sr. Maryam Fatanah berkata…
datang sini..do visit mine

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?