new bloglist
new home new bloglist new bloglist

08 Oktober, 2011

Home » » Review Al-Hijab.

Review Al-Hijab.

Salam 'alaik..

Pergh! Lama betul tak update blog ni. Aku rasa macam tak pernah ada blog pun. *tipu..

Rasanya macam tak perlulah nak mulakan dengan ayat macam tu, korang mesti dah terbiasa sangatlah kalau blog-blog yang lama tak update tiba-tiba update mesti muqaddimah ayat pasal blog dah bersawang, blog dah berhabuk, cubalah kalau dah lama tak update mulakan entri dengan ayat macam ni,

"Hai! Rindu aku tak? Rindu tak?"

Ayat ni memang sesuailah untuk mereka-mereka yang perasan blog mereka dikunjungi berjuta lemon peminat-peminat, stalker-stalker mahupun hanya pembaca picisan. Bila diselak satu persatu entri aku rasanya memang ada ayat yang ala-ala macam ni. Boleh dikatakan akulah antara blogger yang suka perasan blog ni jadi kegilaan ramai walaupun pada hakikatnya blog ni adalah sebuah blog picisan yang terpinggir jauh dari dunia glamour. *macam lebih-lebih je ayat aku.hehe..

"Yo! Korang sihat?"

Muqaddimah yang bagus dan sepatutnya dipraktikkan tapi sebenarnya tak berapa sesuai dengan penulisan blog dan nampak tak sopan. *dan aku pula dah jadi macam penganalisa karangan tingkatan 2..

Aku tahu mesti ada persoalan yang sedang bermain-main di fikiran kalian

"Wadehel! Tajuk lain, isi lain ni?"

HAHA..

gambar ni aku amek dari SINI. [gambar lain seram..huhu]


Ok, nak start cerita lah ni. Aku baru je tengok cerita seram melayu yang baru keluar kat pawagam. Alah, yang pelakon, pengarah dan penulis skrip dia Pierre Andre tu. Aku rasa cerita ni seram. Sepanjang-panjang cerita dari awal sampailah ending cerita ni aku tak berani nak buka mata besar-besar macam aku tengok cerita Johnny English Reborn hari tu. Awal-awal tu ok lagi la sebab popcorn banyak lagi so kalau takut sangat pun paling koman aku sumbat popcorn banyak-banyak masuk dalam mulut hilangkan rasa takut. Then bila popcorn dah habis walaupun baru di pertengahan cerita barulah terkial-kial menyorok belakang kawan aku kononnya nak minimize kan pandangan, skrin wayang besar sangat. *bajet skrin laptop nak minimize bagai. huhu.

Eh, cakap banyak tak gunalah. Korang tengoklah sendiri. HAHA. Ni aku nak bagi korang tengok trailer dulu sebelum korang tengok di pawagam-pawagam yang berdekatan mahupun di website-website download yang tercapai..



Akhir kata dari aku, selamat menonton di celah-celah jari anda. HAHA..

inilah dia review cerita seram 
dari seorang yang penakut.hehe

7 virus attack:

izzati berkata...

cite pe ni wei??? aku cam blur sbb xdpt bkk review movie yg ko letak ni...

cik zaza berkata...

@izzati owh kat u ko youtube takleh nk bukak eh?cerita hantu..seram2..huhu

budakmengong berkata...

support filem melayu..goodgood.=)

HEROICzero berkata...

ha ha ha mukadimah dia kemaiin panjang !

trailer youtube tu , macam menarik . tengok wayang mesti menarik ni !

kira hijab dia dibuka la ni , untuk tengok 'benda2' ni ? peh ~

cik zaza berkata...

@budakmengong hehe..bab2 cerita seram mmg aku sokong walaupun cerita ntahapehape..

cik zaza berkata...

@HEROICzero a'ah2..eh, alaaa...ko dah tau ke?

tp mmg best la kalo tgk kat wayang dgn bunyi yang ttbe nk kuat time ada hantu plus dgn kakak sebelah yg takut sampai goyang2 kerusi.pergh!mmg terasa macam ko berada dalam cite la beb!

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih untuk blog yang menarik