new bloglist
new home new bloglist new bloglist

23 Oktober, 2011

Home » » Mana Korang Suka, Susu Soya ke Cendol?

Mana Korang Suka, Susu Soya ke Cendol?

Salam 'alaik..

Ok, sebenarnya aku tengah penat, kepala otak pun pening-pening lalat, tido sekejap rase macam taknak bangun dah lepas tu. Kenapa? Sebab aku baru je menghabiskan pagi sabtuku bersama rakan-rakan menjual produk kami soy cendol. 

Dah ada company ni, jangan memain.hehe.. Disebabkan produk kami kena ada berkait rapat dengan bioprocess kitorang ambik lah soy cendol ni. Apa yang bioprocess nya? Kitorang guna spray drier untuk jadikan susu soya tu powder then cendol pulak kitorang guna oven untuk jadikan kering dan keras. Cara nak makan senang je macam masak mee segera, hanya perlu letak air panas untuk setiap soy cendol pastu bolehlah minum, nak sedap lagi letaklah ais. *yes, i am promoting!.. hehe

Company kami.


Kalau ikutkan ni cara marketing kitorang ni. HAHA. Tapi Technofest dah lepas dah, kalau aku buat sebelum Technofest ok jugak kan. Mana tahu korang datang UniKL Micet kat Taboh Naning ni semata-mata nak rase soy cendol kitorang. Tak sempat, nak buat macam mana kan. Kitorang prepare benda-benda ni dari awal lagi dengan mencuri masa-masa kami pergi lab food. Memang free pun masa tu. hehe. Alhamdulillah, persediaan untuk produk kami dah siap seminggu sebelum Technofest lagi. So, malam sebelum Technofest kami lepak berkumpul antara group untuk bincangkan macam mana nak serve dan ada persediaan untuk gerai kami. Itupun dah berjam sebab lepak rumah kawan aku sambil tengok Pirate of Caribbean. hehe. Habis je cerita tu baru balik tu pun ada gak tengok NightLine  dulu pukul 1 lebih baru balik. Kalau mak aku tahu aku balik lambat mesti dah kena marah. Demi soy cendol balik lambat pun takpe. Lepas tu on da way nak balik masing-masing muka dah cuak lalu tempat gelap. HAHA.

Separuh dari 5 BCB, company Molek Doh dan Biona Veona bergabung!


Actually aku memang saje bagi harapan palsu kat korang ni, kiranya promotion palsu lah ni.

"Lepas Technofest baru nak gebang bagitahu kan. Ape heck?!"

Sebab aku memang suka habiskan masa korang dengan benda yang takde pape macam cerita kat blog aku ni. myahaha.. *gelak jahat.

p/s Kedua-dua gambar adalah sumber dari facebook sebab tu aku tak buat apa-apa watermark.


company kami
Biona Veona 

6 virus attack:

Kazen berkata...

ak pun xpasti ak minum smlam soya ke cendol tp ase cam 2-2 ak minum...tp dua2 company nie ak beli productnye....keh3

cik zaza berkata...

@Kazen haha..memang dua2 pun.bagus2, ko memang pembeli yang bijak.hehe

Botak berkata...

sebut bab² produk makanan., hilang selera nak makan kalo tengok bebudak yg jual., penuh dengan misteri., hahahaha..

cik zaza berkata...

@Botak haha.aku sebenarnye baru terpikir lepas ko ckp ni.pergh!patutlah produk aku tak berapa nak laku..haihhh...

Tanpa Nama berkata...

Askm..sy nk tanya...bioprocess ni ada bljr pasal pharmaceutical science x??? Pasal ubat2 ke??? N agi satu apa beza bioprocess ngn process??? Mn ag tough???

cik zaza berkata...

@Tanpa Nama yup. bioprocess ada jugak belajar pharmaceutical. bioprocess belajar mcm process jugak bezanya basic guna bnde biological macam microbiology ke, enzyme ke. anything berkaitan dgn bio. chemical process aku tak sure sangat tapi aku tahu oil and gas is one of chemical process.