new bloglist
new home new bloglist new bloglist

13 September, 2011

Home » » Nocturnal

Nocturnal

Salam 'alaik..

Kembali seperti dulu, jadi seperti seekor musang yang mencari mangsa pada waktu malam tapi dalam konteks manusia macam aku ataupun untuk aku musang yang dimaksudkan bukan mencari mangsa mahupun makanan pada waktu malam tapi bangun untuk menyiapkan assignment yang belum siap lagi.

Since aku tak boleh study ataupun buat keje dalam keadaan mengantuk dan penat, aku terpaksa dan kadangkala memaksa diri untuk tido dulu buat seketika mungkin untuk beberapa jam. Dalam 3 atau 4jam dah cukup untuk aku tido. Mungkin start tido tu pukul 10 dan ke atas, kemudian bangun semula dalam pukul 2 atau 3 pagi. Ada yang tanya kat aku, cukup ke tido 3 or 4 jam je? Bagi aku untuk student macam aku ni tu pun dah kira cukup. Memanglah ada research yang mengatakan tido yang paling cukup adalah tido selama 8 jam atau 6 jam. Tapi aku rasa aku tak boleh kot tido lama-lama camtu, bangun nanti mesti kepala aku pening-pening lalat tido banyak sangat. Mulalah kepala berat, pening dan sebagainya. Berapa lama korang tido?

semestinya google

Dulu masa sekolah pernah jugak merungut kata duduk hostel selalu tak cukup tido, pergi kelas mesti mengantuk. Pastu mulalah tersengguk-sengguk depan cikgu dalam kelas. Bila pikir balik sekarang ni rasanya masa sekolah dulu student hostel dapat tido secukupnya kot. Lampu kompem-kompem kena tutup pukul 11. So, nak taknak kenalah tido pukul 11. Bangun pagi dalam pukul 5 atau pukul 6. Lama kot tido tu pun masih mengantuk lagi. Tapi bila dah belajar kat matrik dan uni barulah rasa nikmatnya masa sekolah dulu. Tido cukup tu pun tak bersyukur lagi. huhu. Ada je keje yang nak kena buat tapi keje-keje tu semua sempat je buat time prep. See, dah bagi pun masa buat keje tapi tak reti nak guna. haish! 

Kenapalah aku duk cakap balik pasal masa-masa lalu ni? Menyesalkah aku? Mungkin jugak, rasanye kalau aku reti guna masa yang dah diberi masa sekolah dulu mungkin sekarang ni aku berada di tempat aku idam-idamkan sejak sekolah rendah lagi. Tapi tu semua dah berlalu, belum ada rezeki dan mungkin juga rezeki aku bukan di sana. Sepatutnya aku bersyukur dengan apa yang aku dah dapat sekarang. Alhamdulillah walaupun tak sehebat impian aku. Ni pun dah cukup.


wah!..berjaya update.

8 virus attack:

Ym.Bundle [Blog.Sampah] berkata...

yeh..berjaya gak update..wakaka..

cik zaza berkata...

@Ym.Bundle [Blog.Sampah] yeay!hahaha

kei berkata...

yay jom jdi nocturnal :)

cik zaza berkata...

@kei hahaha..tapi ko gak yg tido dulu.

~mie~ berkata...

mmg kne batang idung aku entry ko ni. tp at least ko jd nocturnal time study je...

...aku time cuti pun still nocturnal gak xD

isshoni gambatte!

cik zaza berkata...

@~mie~ ouuhh..babe, aku tak terniat punn..huhu

HEROICzero berkata...

kalau aku , kena buat kerja dulu , baru tidur . tak tidur pun tak apa .

kalau tidur dulu , memang tak bangun la , tak siap la kerja . he he .

cik zaza berkata...

@HEROICzero pastu mesti petang2 time free ko tido.betul tak?hehe..

sbb aku camtu,mlm tak tido langsung petang tu kompem tido.