new bloglist
new home new bloglist new bloglist

08 September, 2011

Home » » Maaf Zahir dan Batin.

Maaf Zahir dan Batin.

Salam 'alaik..

Memandangkan agak ramai yang asyik tanya aku kenapa aku tak update blog, aku rasa better aku update sebelum tarikh last update aku jadi makin lama. hehe. Aku sebenarnya bukan taknak update tapi aku ada kerja yang lebih penting dari update blog ni. Since blog ni pun aku create untuk menghilangkan kebosanan atau dengan kata lain sebagai hobi aku lah jadi aku tak dapatlah nak aktif sangat dengan blog ni masa tengah busy macam ni.

Bukan nak merungutlah kata aku ni busy sangat, lebih busy dari korang. Aku tahu ramai je yang busy tapi masih  ada masa nak update blog diorang. Itu mungkin cara diorang, lagipun aku nak berubah semester ni. Nak baiki pointer aku yang macam hampeh semester lepas. Kalau korang perasan, lepas dapat result mesti ada je update pasal sedih dengan result kat blog ni. Kalau boleh result yang keluar akan datang blog ni di update dengan entri yang lebih menggembirakan. Itulah perubahan yang aku nak buat.

Aku mungkin jenis yang kena fokus pada satu benda untuk dapatkan hasil yang lebih memuaskan. Lagipun takkanlah korang nak baca entri yang macam diari dan emosianal je kat blog ni kan, mestilah nak benda yang lebih menarik. Ada yang terkejut bila aku bagi alasan,

"Takde idea, lagipun tengah busy,"

Hehe, tahulah dulu busy ke tak busy aku setia je mengadap blog ni then bila kata camne memanglah pelik nak nak orang yang tahu macam mana aku gile update blog dulu. Sekarang tak bolehlah nak mengadap sangat walaupun memang hari-hari aku akan buka blog ni dulu, lagipun aku lagi berapa tahun je nak habis degree bila lagi nak usaha lebih sikit kan.

Ni dah macam entri luahan perasaan jugak ni. huhu. Apa-apapun doakanlah aku berjaya dengan apa yang aku sedang usahakan ni. Aku masih pergi jalan-jalan jugak kat blog orang, pengkomen-pengkomen tegar aku walaupun kadang-kadang tu tak komen pun. hehe. Tanpa korang sapelah aku kan. Aku bukan blogger famous pun, follower yang sikit tu lah aku patut hargai. Terima kasih jugak kepada yang baru lawat dan follow blog aku. I really appreciate it.

gambar raya tahun lepas, tahun ni tak banyak amek gambar.


Maaf zahir dan batin,


7 virus attack:

Ym.Bundle [Blog.Sampah] berkata...

bz ye makcik..patut la bersawang je bile aku masuk sini..ekeke..

P/S : baju kaler kunin tu ko ke..err

cik zaza berkata...

@Ym.Bundle [Blog.Sampah] bersawang kann??haha..nak buat camne aku ada tanggungjawab yg lebih besar.

p/s yup yg baju kuning tu..awat??huhu

Rie berkata...

selamat hari raya maaf zahir batin dik..esok ade open house x?hehe..

cik zaza berkata...

@Rie alaa..tahun ni tak buat open house pulak.huhu.datang raye makan kuih je boleh?

Rie berkata...

kueh je? boleh tp nk yg home made la..kedai nye x nk..huhu..

cik zaza berkata...

@Rie home made ada je tp xbyk.huhu

Rie berkata...

x de can lg dtg..aduyai..