Waktu Maghrib Jangan Duduk Sorang-sorang Nanti Ada Benda Lain Teman.

Salam 'alaik...


Tajuk pun dah panjang. Aku teringin nak ceritakan lagi satu cerita seram yang aku pernah dengar masa aku kat Matrikulasi Perak dulu. Aku taktahu lah cerita ni berlaku kat mana tapi macam kat hostel.


Ada sebuah hostel perempuan ni menurut tukang cerita aku dulu hostel ni hostel matrik jugak. Semua pelajar perempuan tak kiralah boleh solat ataupun tidak semua kena turun ke surau blok yang telah disediakan pada waktu maghrib setiap hari. 


Kisah 1
Ada sorang perempuan ni aku gelarkan budak ni dengan nama ina dia tak boleh solat masa tu jadi dengan selamba dia decide taknak turun sebab kepenatan baru habis aktiviti koku. 


Suasana masa tu sunyi sebab dah nak masuk maghrib dan ramai pelajar yang dah siap-siap pegi ke surau. Ina yang malas ni tadi keluar dari bilik lalu mengetuk pintu bilik bersebelahan dengan biliknya,


"orang sebelah, kalau tak pegi surau ketuk bilik aku tau,"


Sempat pesan supaya dia tak sunyi tinggal dalam bilik sorang-sorang. Sekurang-kurangnya dia tahu jiran sebelah bilik dia tak pegi ke surau jugak malam tu. Dia masuk semula ke bilik, menuju ke meja study berniat untuk menyiapkan tutorial. Keadaan bilik sangat sunyi. Tiba-tiba,


'tuukk!tuukk!tuukk!'


Bunyi pintu biliknya diketuk bertalu-talu seperti mahu pecah pintu bilik tersebut.


"sape?"


Sahutnya dari dalam.


"orang sebelah!"


Mendengar jawapan tersebut ina terus bangun dari meja study untuk membuka pintu. Tapi bila dibuka........




google imej






Memang lembaga berbadan sebelah yang beliau nampak di depan pintu.






Kisah 2
Situasi yang sama di mana pelajar dikehendaki turun ke surau ketika maghrib tapi kali ni kisah dari seorang perempuan yang boleh solat tapi masih malas nak ke surau.


Sebelum azan kedengaran, yati (bukan nama sebenar) sibuk memberus baju padahal masa tu orang semua dah takde kat blok masing-masing dah turun ke surau. Sedang beliau khusyuk membasuh datang seorang perempuan meletakkan baldi baju kotornya di sebelah yati. Apa yang yati perasan perempuan itu adalah teman sebiliknya, ain (bukan nama sebenar).


Yati yang sedang ganas memberus baju menyebabkan berus yang digunakan terpelanting lalu jatuh di atas lantai. Kononnya nak ambik balik terpaksalah beliau membongkok untuk ambil berus tersebut yang jatuh berhampiran dengan member sebiliknya tu. Terkejut yati bila tengok ain takde kaki. Tiba-tiba dengar suara,


"kau dah tahu ye,"


Lalu yati memandang membernya yang sedang tersengih. Dunianya tiba-tiba menjadi gelap.


Sedar-sedar Yati dah ada kat bilik. Yati ingatkan dia bermimpi je sebab tertido waktu maghrib. Yati tengok jam dan dia teringat yang dia tak solat maghrib lagi. Dia pun terus ke toilet untuk mengambil wuduk. Tengah dia mengambil wuduk membernya ain sekali lagi datang dan mengambil wuduk di sebelahnya. 


Tapi sekali lagi beliau perasan ain tak berkaki! Gelap lagi dunia yati. 


Sedar sekali lagi yati berada di bilik di atas katil seperti baru bangun tido. Dan di sampingnya member sebiliknya ain sedang menjaganya.


"ain, aku asyik mimpi bukan-bukanlah,"


"sebab kau tido waktu maghrib kot. kau mimpi apa?"


"dua kali aku mimpi kau takde kaki, seram aku weyh,"


"takde kaki?"


Ain tiba-tiba bangun.


"macam ni ke?"




google imej






Gelap lagilah dunia dia. Tapi lepas tu dia demam seminggu tu lah orang suruh pegi surau tu pegi je lah.






aku tak pandai bercerita.
hurmm...

Ulasan

Eyqa Zaque berkata…
menakutkan juga.. syok baca. makasih share. :)
Zazachan berkata…
@Cahya Qasehnya sama2.sori tak pandai bercerita.huhu
saya_arief berkata…
takot gak.. watak ain muncul manyak kali. femes die.
:D
yusuflaili berkata…
seronok juga baca cerita seram pendek pagi ni ..TQ..
amiraliyana berkata…
serem gak eh. kt asrma2 mna pn mesti ada crita2 cmni kan.
Unknown berkata…
sebagai pengajaran ! suka la..
Zazachan berkata…
@saya_arief ain memang suka interframe.eheh
Zazachan berkata…
@amiraliyana a'ah biasalah kan.sbb asrama pun bukan tmpt yg sntiasa ada org.kalau cuti kosong jgak asrama tu.
Zazachan berkata…
@sara zainol pengajaran tak turun surau..
kei berkata…
kisah no 2 tu aq bru teringat balik.. haha... citer mata merah x nak cer?? hehe.. menakutkan jerk xD
Zazachan berkata…
@kei mata merah sesuai cerita depan2 baru org2 yg dgr tu menjerit macam ko dulu..hahaha
kei berkata…
ehh aq menjerit ke??? haha x engat plak haha xD
Zazachan berkata…
@kei masa tu aku cite kat ko, chacha, tze n adia kot lupa lak.tp yg pasti korg punya fokus tu sampai menjerit dgr cite aku.haha
kei berkata…
haha aq ingat tpi x engat part aq jerit haha xD
kei berkata…
haha aq ingat tpi x engat part aq jerit haha xD
Cik TK berkata…
seram la! dah la TK selalu dok kat bilik hostel tu sorang2...!
Miss BubLee berkata…
gmb monyet tu xbleh bla! duhhh.. -..-!!

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?