new bloglist
new home new bloglist new bloglist

06 Julai, 2011

Home » » Tinggalkan kawan-kawan lama.

Tinggalkan kawan-kawan lama.

Salam 'alaik...

Seronok bila jumpa kawan-kawan lama borak tentang sekolah, kawan-kawan, kenangan... 

"Sape je member-member kita yang kau kontek?"

"Tak ramai pun, aku kontek yang dekat-dekat je lah........ (menyenaraikan nama-nama).."

"Oh, ramai jugak. Fikri (bukan nama sebenar) pun kau kontek ek. Tapi Fikri yang mana? Bukan ada dua ke?"

"Yang tinggilah. Yang lagi sorang kan dah meninggal,"

Terkedu bila dengar berita tersebut. 

"Dia meninggal? Bila?"

"Kan dulu ada budak mati kat Pulau Besar, dialah orangnya,"

Sekali lagi terdiam tak berkata apa-apa. Teruk sungguh aku ni bawa diri sampai kawan sendiri dah pergi pun aku taktahu.

"Tu lah kau, suka sangat bawa diri jauh dari member lama,"

Lepas sekolah rendah aku bersekolah jauh dari rumah dan semestinya tak ada sorang pun member sekolah aku yang sama-sama belajar di sana. Bak kata kawan aku, aku ni macam merajuk bawa diri sorang-sorang. Dan ianya berterusan sampailah aku masuk uni, bila dah jumpa member sekolah kat facebook, lelaki terutamanya. Sebab bagi aku diorang tak sombong yang perempuan ada yang mesra tapi ada juga yang tak.

"Perempuan memang suka berpuak eh?"

Aku tak mampu nak cakap apa-apa pasal tu. Kalau cakap kang kena balik kat aku. Aku hanya mampu tersenyum. 

senyum beginikah?



Semoga beliau berada dalam
kalangan mereka yang beriman..
Al-Fatihah..

1 virus attack:

Cahya Qasehnya berkata...

Innalillah..setiap yg hidup pasti akan merasai mati