review super 8.

Salam 'alaik..


gambar dari sini




aku taktahu dan tak terniat langsung pun nak tengok super 8 kat wayang. sebab aku rasa macam tak kecoh pun yang mengatakan cerita ni best. kakak aku pun cakap cerita ni macam tak best. tapi disebabkan kami dapat tiket free untuk tayangan super 8 tengok je lah. bukan selalu dapat tiket free kan. tiket free ni pun adalah salah satu program kot untuk pesta sungai melaka yang sedang berlangsung. best woo.. pop corn pun dapat free.


super 8 ni hanyalah cerita yang dibuat seolah-olah pada zaman 90an dan menceritakan mengenai enam orang budak sekolah yang melibatkan diri mereka dalam bahaya alien ni hanya sebab masa tu diorang nak buat film pasal zombie berdekatan dengan landasan keretapi kargo (sebenarnya macam terminal). entah macam mana tiba-tiba ada kemalangan yang dasyat berlaku kat situ tapi diorang terselamat dan sorang pun tak mati dalam kemalangan tu. sepulohkali berada dalam bahaya yang kita tengok pun rasa komfem matilah tapi ending nya sorang pun tak mati. siap ada yang dah kena tangkap dengan alien jadi makan malam tapi akhirnya selamat. macam tak logik pun ada jugak.





ok, bagi aku super 8 ni cerita macam cerita alien yang biasa. mungkin tak berapa nak best sebab aku pernah tengok cerita alien yang lagi best dari cerita ni. dan aku rasa klimaks cerita ni lambat. dah hujung-hujung barulah start klimaksnya pastu tiba-tiba dah habis dah. sebab tu aku rasa tak best. boleh dikatakan cerita ni macam lembab. selain itu, aku rasa macam pelik yang teramat pelik. kenapa tajuk cerita ni super 8? apa sebenarnya super 8 tu? aku punyalah fikir ada 8 superhero yang menyelamatkan penduduk bandar tu daripada alien. tapi ternyata salah tanggapan aku tu. super 8 adalah jenis kamera yang digunakan (dalam cerita ni) masa diorang nak film zombie tu dan tiba-tiba kemalangan berlaku. macam tak kena.





taktahulah kalau korang tengok
korang rasa best.

Ulasan

~cik tiram~ berkata…
haha.baru tengok tadi. zaza tgk tak part last cite ni?? dorang tunjuk all part drama yg dak2 kecik tu bwat...untuk masuk bertanding super 8 festival film. ape tah...tak paham cite ni.kikiki.
Zazachan berkata…
@~cik tiram~ tengok2. walaupun masa tu orang dah ramai keluar dah.huhu.. a'ah macam tak paham sangat tapi part budak2 tu macam kelakar pun ada gak.huhu
jijie berkata…
correction. 70an la bukan 90an. tak nampak ke stylo hippies bnyk.. hehe... part tu xbest. yg best part bos aku main kejar2 dgn anak dia pas cite ni... haha
Zazachan berkata…
@jijie haha.. yeke nampak macam 70an? tp pandangan aja mmg nmpk 90 an sbb camera yg diorg guna tu xnmpk mcm 70an.
Zazachan berkata…
@jijie setelah dikaji selidik.a'ah mmg 70 an.hehe
Eddy Ahmad berkata…
heheh tgk trailer pn mcm mngarut sgt :D pape pn boleh tuju lagu :D
Zazachan berkata…
@UYC haha.. nak tuju lagu ape? sila2..

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.