peminat kipas susah nak mati artis.

Salam 'alaik...
semalam aku meluahkan kepelikanku kat twitter selepas berblogwalking dan membaca entri-entri blog ntahsapesape aku pun dah lupa. ditambah pula timeline facebook aku yang tak habis-habis dengan post mengenai artis itu artis ini.






fine, aku mengakulah juga masa aku kat matrik dan first year kat unikl dulu aku juga lebih kurang je macam diorang ni. tengok konsert big bang menjerit macam orang gila depan laptop. muka tak boleh belah bangga gila tengok konsert tu. padahal big bang tak kenal pun aku ni sape. dan semestinya aku tak dapat apa-apa pun buat macam tu. duk sokong-sokong diorang tapi serious tak dapat apa-apa. 


ikut sukalah nak kata menyokong industri itu menyokong industri ini kat malaysia mahupun international tapi tak payah nak minat sampai separuh mati. fanatiklah kononnya. orang yang tengok rasa meluat, tahu? aku kadang-kadang meluat juga dengan diri sendiri letak gambar taeyang as profile picture kat facebook tu. aku terfikirlah, artis-artis ni tak marah ke gambar diorang dieksploitasi? memang kata minat separuh mati kat artis-artis tu dan artis tu patut berbangga ada peminat macam diorang ni, tapi aku rasalah mesti ada sekelumit walaupun sebesar zarah sekalipun mesti ada perasaan tak puas hati bila gambar diorang dieksploitasi, bukan? diorang pun manusia juga.


aku sangat-sangat suka kata-kata SZ kat blog dia,


"kan aku cakap. golongan artis ni tak boleh pakai punya orang. korang degil! korang nak jugak back-up makhluk macam tu. orang macam ni korang nak angkat jadi idola?"


aku bukan nak jadi anti golongan artis. tapi aku rasa boleh je nak jadikan contoh korang tapi biarlah betul pilihannya. bukan yang sepulohkali lebih teruk dari korang. kita tengok, kita nampak, kita tahu baik buruk dan kita menilai. aku tahu ramai yang dah mumayiz kan?






industri hiburan dah macam
sardin. ramai sangat.

Ulasan

Azza Azman berkata…
betul tu meluat...tgk lah peminat korea ni serang mila tak pasal. Biarlah mila nak cakap ape pun.
Zazachan berkata…
@Chempaka Sari tu lah. taktahulah apa dah jadi dunia sekarang ni..
najwa's berkata…
setuju. sekadar menghiburkan hati sket2 jek. ;p
Botak berkata…
tak ambik tahu pasal artis tempatan., semuanya macam............
lagi pun kalau minat sekali pun, buat rilek sudah., takde lah sampai gila babi sangat..
HEROICzero berkata…
peminat2 kpop ni dah lama aku nak kasi kaki. dia punya obses lain macam.


*hahaha aku sorg je rupa nya x check result. member2 semua dah. baru check, alhamdulillah. x sangkut apa2. HAHA.
Zazachan berkata…
@najwa's dengar or tgk lakonan dah la takyah nk fanatik.huhu
Zazachan berkata…
@Botak takyah sampai gila babi.hahaha.. betul3..
Zazachan berkata…
@HEROICzero terasa aku ko nk kaki peminat kpop..huhu..aku dulu je fanatik skrg dah tak..

*la yeke.. huhu. bagus2.. teruskn usaha anda.hehe.. aku nye tak sangkut tapi mcm tu je lah..
Sang Gabriel berkata…
aku kenal bing bang dari kau..haha
Zazachan berkata…
@gabanMorka hahaha..aku ingat peristiwa tu.. sbb baru je bape hari lepas.
ZAIDAHTUL AKMAL berkata…
Tak penah pOn g ngk konsert...
Zazachan berkata…
@Zyash samalah.. setakat tengok kat laptop je lah..
Adam berkata…
Tak minat artis.

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?