new bloglist
new home new bloglist new bloglist

02 Jun, 2011

Home » » kenapa aku berblogging?

kenapa aku berblogging?

Salam 'alaik..
pernah tak kita tanya diri sendiri kenapa kita buat blog ye? apa yang membuatkan hati aku tergerak nak buat blog dan kekal hingga sekarang? tak dapat dinafikan masa mula-mula blog ini terbina aku memang saja-saja je nak buat blog. tujuan sebenar blogging pun aku taktahu.


aku ingat lagi masa blog aku dok siarkan entri-entri kutukan tahap, 'wow' tak sangka aku tulis macam tu. tapi entri tu dah lama aku delete rasa tak patut pun ada. kepada yang terlibat, maafkan saya. mungkin saya jahil ketika itu.


ihsan google imej


kemudian, entri mengenai kisah hidup aku (bukan pengalaman) diceritakan. mungkinlah ada yang berminat nak baca tapi bukan semua atau boleh dikatakan 1% je pengunjung yang berminat. aku sendiri tak suka baca blog yang ala-ala diari kehidupan sebab aku tak kenal penulis blog kalau kenal mungkin best lah jugak nak amek tahu.


tips tentang cinta juga pernah disiarkan (dah macam channel youtube lah pulak). entri tersebut adalah sumber inspirasi dari encik kawan baik sebab dia yang banyak buat aku bertambah konpius tentang itu. tak jiwang pun. adalah juga pengisian.


betul kata seorang blogger (ramai sebenarnya yang cakap) menulis biarlah ikhlas. bukan menulis sebab nak dapat ganjaran. tak payahlah kejar follower beriban, kalau orang sudi nak baca dan komen alhamdulillah tu dah cukup baik dah untuk aku. walaupun komen mereka hanya senyuman aku tak kisah asalkan aku tahu ada yang baca entri aku yang tak seberapa.


setelah agak lama berblogging yang dah masuk 2 tahun lebih aku jumpa jawapan sebenar kenapa aku berblogging dan terus berblogging tanpa rasa jemu. biarlah orang lain nak kata blogging untuk kongsi itu kongsi ini termasuk hal peribadi mereka tapi aku berblogging sebab kepuasan diri.




puas puas jugak tapi jangan
menyebarkan cerita tak betul
masih ada yang tahu cerita sebenar
ingat tu...

6 virus attack:

gabanMorka berkata...

ko dah cukup puas belom? haha

!! Kodet !! berkata...

lama bertahan ... fuh otaii

cik zaza berkata...

@gabanMorka mestilah belom.. kalo tak lama dah tutup blog ni.huhu

cik zaza berkata...

@!! Kodet !! hahaha..otai lah sangat..

Hassriq berkata...

RINDU KAT ANG LA JAJA..HAHAHA

cik zaza berkata...

@Hassriq ko tipuuuuu...kalo ko rindu mesti da msj aku kn..huhu