Cuti-cuti Malaysia di Sekolah Tadika Lagi.

Salam 'alaik..
Setelah sekian lama memerapkan diri kat rumah dengan pekerjaan yang takde faedah asyik join mimi makan tido makan tido je hari ni mengambil keputusan untuk mengeluarkan diri dari rumah. Tak pegi jauh-jauh pun aku hanya temankan mak aku bershopping kat Melaka Sentral yang semestinya takde apa-apa melainkan asap-asap bas yang menari-nari di udara.

Paginya, aku lepak kat sekolah tadika mak aku dulu. Jadi cikgu sementara. HAHA. Cikgulah sangat kalau duduk saja memandang gelegat budak-budak yang dari 4 hingga 6 tahun tu. Mungkin aku lebih sesuai jadi tukang masak sekolah je tadi. Tu je lah yang mampu aku tolong tapi semestinya bukan akulah orang yang memasak makanan budak-budak tu aku hanya membantu sikit-sikit. Kalau aku masak, esoknya aku kena saman sebab budak-budak ni keracunan makanan.



Budak-budak tadika tak boleh tengok orang lain datang sekolah terutamanya anak dara muda remaja bergetah macam aku ni (bajet). Mulalah mereka kerumun menagih kasih sayang sebab cikgu-cikgu diorang garang. Ingat aku tak garang ke? huhu. Contohnya tadi, ada dua orang budak perempuan duk cuit-cuit kaki aku masa mak aku tengah ajar diorang mengeja kat depan.

"Akak, akak. Nama akak sape?"


"Kenapa akak panggil Cikgu Salmah mak?"


"Akak! Buatkan kipas,"


"Akak! Buatkan mata burung,"


"Akak! Masukkan ekor burung,"

Dialog yang aku asyik dengar masa aku tolong mak aku untuk subjek daya kreatif. Mula-mula aku buat sikit je dalam dua lipatan kipas tu kemudian ajar diorang dan aku pastinya tak mampu mengajar budak-budak kecik macam diorang sebab tu banyak kali diorang datang suruh ajar sampai sepuloh kali. Mungkin juga saja buat-buat kononnya taktahu buat. Akhirnya aku je yang buat burung-burung diorang dari kepak, ekor sampai ke mata (lupa nak tangkap gambar burung tadi).

Lepas habis waktu sekolah barulah kitorang melangkah ke Melaka Sentral. Sebenarnya kitorang pegi sana sebab mak aku nak amek cermin mata dia yang dah lama dia tempah tapi tak amek-amek lagi. Ada masanya kami jadi taktahu nak jalan ke mana lagi dah dan kami hanya mampu duduk sambil melayan kerenah Yasmin sepupuku (yang sekolah dengan mak aku). Budak demam yang terus baik, sihat walafiat selepas disogok dengan kasut baru. HAHA. Tu belum dapat jam lagi. Orang kedai tu tanya nak jam macam mana tak nak jawab tapi bila dihulur jam terus dia amek. Senang betul.


p/s abaikan suara aku.


Setelah lama bersantai di Melaka Sentral kami ke Menara Taming Sari pula sebab ayah aku keje situ nak balik saing katakan. Tak sanggup aku balik jalan kaki sejauh 10km dari jalan besar ke rumahku. Serik dengan kenangan tingkatan 4 sampai rumah terus pengsan tak sedarkan diri. Kami sampai awal sebelum habis waktu bekerja ayah aku jadi dapatlah kami naik Menara Taming Sari yang famous kat Melaka ni (walaupun dah sepuloh kali aku naik). Free pulak tu. HAHA.




tadi makan pedas perut pedih gila
agaknya aku dah takleh makan pedas sangat kot.

Ulasan

Botak berkata…
akak buat tu, akak buat ni., agak² ilang sabo, bagi penampo sedas dua., hahahaha..
Zazachan berkata…
@Botak haha.. nasib baik aku boleh sabo lagi tu.. kalo xbukan setakat penampor aku bg kang.
yang! jusco ga sale~ shopping yuk!! hehe mish u dear..
Zazachan berkata…
@farah. pa'in. achik. ain .mOk . miss u too...sobbss..tak pernah jln2 dgn pain kn..
jijie berkata…
dulu diorang suh aku buatkan huruf2 dari tanah liat. hauk tak hauk. pastu dok manja2 dgn aku.
Zazachan berkata…
@jijie manja gile budak2 tadika tu..huhu

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.