layang-layang terbang di angkasa.

Salam 'alaik...
hari pertama tinggal di rumah sewaktu cuti takde lah bosan sangat disebabkan cik mimi sentiasa buat aku ada kerja nak kena buat. kalau bukan nak mengejar dia yang asyik cari pasal kena bagi makan takpun membelai-belai badannya sebelum dia menggigit mahupun mencakar tanganku. dah makin garang kucing aku yang sekor ni.

petang, kakak aku ajak tengok orang main layang-layang tepi pantai. rasa macam seronok pulak tengok orang main layang-layang. nak join sekali tak reti pulak nak main.



"macam mana diorang naikkan layang-layang tu ek? dulu masa kita kecik-kecik lari selaju halilintar pun layang-layang tu taknak naik jugak,"

"kaklong, jangan nak berangan. diorang ni semua gifted,"

"senang je nak naikkan nak nak yang kecik-kecik tu,"

kami memandang kak syura, kawan kakakku dengan muka 'nak kena makan budak ni'.

"oh, tak tak maksud aku yang gifted lah. diorang senang nak naikkan,"


 budak-budak kecik pun pandai main..

 aku jeles lah..main henpon lagi best..


 layang-layang terbang
tinggi di angkasa...lalala


Ulasan

jijie berkata…
uit..bile masa lak gambar muncung aku ko amik... haha.. malu seh, tak reti main layang2
Zazachan berkata…
@jijie kite serupa..hehe
Sang Gabriel berkata…
naikkan lelayang pon kene talent ke?
Zazachan berkata…
@gabanMorka taklah kot.. tapi yang penting adik beradik aku mmg tak reti nak naikkan layang-layang..
HEROICzero berkata…
komen kau yup, hilang. tapi aku sempat baca. =)
Zazachan berkata…
@HEROICzero sabar je lah. huhu..

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.