kawan makan kawan, banyak je.

Salam 'alaik..


"aku tak pernah anggap sape-sape yang rapat dengan aku kawan baik aku lepas apa yang pernah berlaku kat aku dulu,"


ungkapan yang selalu disebut oleh kawanku. mengikut apa yang aku nampak walaupun tak berlaku kat diri aku sendiri, aku observe kat orang-orang yang terdekat je lah. depan 'kawan baik' kononnya cakap kencang,


"kaulah kawan aku sehidup semati,"
"kaulah kawan sejati aku,"
"kaulah itu...."
"kaulah ini...."


tapi belakang kita dialah hempedu, dialah punca segala kepahitan yang berlaku dalam hidupku.


ihsan google imej


memang betul, bukan semua kawan macam tu. ada yang betul-betul ikhlas berkawan dengan kita. tapi sejauh mana keikhlasan mereka tu kita masih taktahu. bukan nak kata jangan percaya kawan kita tapi apa yang betulnya jangan terlalu percaya. ataupun percayakan orang biar bertempat janganlah percaya sampai keluarga sendiri dibuang jauh. 


contoh paling mudah, pernah korang dengar kawan baik rampas awek or pakwe sendiri? rasa macam banyak je situasi yang macam ni berlaku sekarang, bukan? aku bukanlah nak cakap aku pandai sangat bab kawan-kawan ni, aku mengingatkan diri aku sendiri sebenarnya. kalau boleh aku taknaklah orang yang aku dah anggap macam keluarga tikam aku dari belakang.




apa yang penting, 
percayakan orang biar bertempat.

Ulasan

incik krueger berkata…
apsal weyh?meh cite sket..
Zazachan berkata…
sepantas kilat selaju halilintar. haha. takde apa pun aku terpikir nak buat entri pasal kawan sebab tengok status kat timeline facebook aku. macam banyak je cakap pasal kawan itu kawan ini. hah, hamek tercipta satu entri.haha
Kalau gaduh dgn kwn.sakit dia lebih dr sakit putus cinta
Zazachan berkata…
sugar2 kapas strawberry: yup, sebab kita lebih kenal kawan kita atau dgn kata lain kita lebih rapat dengan kawan kita dari orang kita cinta tu.
shaerin syazwan berkata…
yeah , i've been there .

putus kawan hanya sebab hotdog .

rasa dea macam , er . SANGAT teruk .
sebab kawan nak dekat 3tahun putus macam tu sahaja .

rasa stupid kan , yeah VERY stupid . tapi i learn something , bende kecik pada kita tak semestinya kecik pada orang lain =')
Zazachan berkata…
@shaerin yup. benda kecik tu lah kadang2 buat hidup seseorg tu musnah..sbr je lah..

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.