happy teacher's day

Salam 'alaik...
16 MEI adalah hari yang paling dinantikan oleh para guru di Malaysia. kalau kat sekolah aku dulu, sekolah rendah mahupun sekolah menengah mesti satu hari tu tak belajar langsung sebab tengok cikgu-cikgu bersukaneka di padang. yelah, kalau bukan kami student yang tengok sape lagi. masa tu lah keluar dialog macam ni oleh student sebab sukaneka tu mestilah student yang jadi pengadil kan,

"hahhh! cikgu main tipu!"

"kalau kitorang takleh menipu masa exam kenapa cikgu boleh main tipu masa ni kan?"

menyengat tak ayat tu? HAHA. tapi bukan tu yang aku nak bagitahu kat sini. zaman aku tengok cikgu-cikgu sekolah main sukaneka kat padang dah berakhir dah. tak dapatlah nak tengok semua tu.

aku tengok kat timeline facebook banyak juga yang wish untuk teacher's day ni. tak sangka pula aku ramai kawan yang akan jadi seorang guru. ada tu siap senaraikan semua nama-nama cikgu dia. ada yang wish untuk family dari mak sampailah ke kazen mereka, family cikgu agaknya.

hari ni member sekolah aku nak buat surprise kat cikgu-cikgu smka sharifah rodziah. aku nak join, tapi aku tak ikut perancangan diorang hari tu sebab masa tu aku tengah busy exam so agak ketinggalan sampai segan nak tanya diorang apa yang dah berlaku. sobbss...

amek dari facebook pieyah comel. sila teka mana satu aku.

apa-apapun aku sebenarnya nak ucapkan

selamat hari guru kepada guru-guru malaysia, terutamanya cikgu Salmah Hashim (mak aku), cikgu-cikgu tadika kemas telok mas, sekolah kebangsaan alai, sekolah kebangsaan telok mas, sekolah menengah kebangsaan bukit rambai, sekolah menengah kebangsaan agama sharifah rodziah, pensyarah-pensyarah kolej matrikulasi perak dan juga malaysian institute of chemical & bioengineering technology atau unikl micet (HAHA. siap nak letak nama panjang-panjang).


rindu pula rasenya dengar
suara cikgu-cikgu aku
nyanyi lagu wajib hari guru..

Ulasan

Unknown berkata…
selamat hari guru juga ya bt ibu kamu..btw semoga surprise itu menjadi..hehe
Zazachan berkata…
@cucu umie taktahu lah jadi ke tak surprise tu..kalaulah sy pergi..huhu

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.