dulu dia buli aku, sekarang dia kawan baik aku.

Salam 'alaik...
sejak akhir-akhir ni aku rasa macam dah kurang idea. mungkin takde idea langsung yang membuat blog ni jadi sunyi. takde entri yang menarik takde perkongsian seperti dulu. seperti dulu? ya, dulu aku sangat suka berkongsi mengenai cinta dan kawan baik. macam tips dan ianya sangat banyak dengan idea dan cadangan. bagi aku itu adalah zaman kegemilangan blog ini. dan ketika itu aku bekerja sebagai seorang promoter bersama encik kawan baik. dengan kata lain, dialah orang yang selalu bagi aku idea!

dan sekarang tiada lagi idea menarik. mungkin kerana tiada lagi encik kawan baik di depan mata. rindu.. orang pertama yang buat aku berfikir dan terima persahabatan berlainan jantina, buat aku buat perbezaan sedalam-dalamnya di antara kawan baik dan cinta, dan kadang-kadang buat aku jadi semakin jiwang. HAHA. mesti beliau sedang tersenyum lebar, kalaulah beliau baca entri ni. mungkin tidak, sebab beliau sekarang adalah seorang yang sangat sibuk dengan kerja ataupun dengan awek kesayangan beliau

setiap kali menonton one piece mesti aku akan teringatkan encik kawan baik. sampai termimpi-mimpi. dah lama tak kontek mungkin. nak kontek macam tak berani pulak plus aku takde kredit. hehe. mesti bangga aku buat entri pasal dia. pastu kalau dia baca mesti dia kontek aku. ataupun takkan berlaku? takpelah, asalkan dia tahu aku tengah rindukan dia. 


aku copy paste url terus dari profile picture kau, jangan marah tau. aku letak kat blog je. plus tak nampak pun muka kau. hehe..



luahan perasaan rasenye ni
*sigh

Ulasan

Unknown berkata…
dot blogspot????
Zazachan berkata…
@Kazen domain buat hal lg..tp kali ni org tu kata company yg uruskn domain kitorg dah bankrupt..mungkin lama kot nk recover balik..sedihh
Tanpa Nama berkata…
org jmpe spe ak siap blog ni,da r ckp ak sebok sdangkn ko yg da lme x cntct ak!!!
Zazachan berkata…
@Tanpa Nama takde kredit le.. ala, takpelah kalau orang tahu sape ko kan..hehe
Unknown berkata…
@cik zaza

kepala hotak die...now die wat promosi domain rm10 lak...nk ratah duit orang gitu jer...tukar domain len r...beli kt len....
Zazachan berkata…
@Kazen tengoklah nanti. aku macam terasa nak beli hosting sekali sbenarnya ni..

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?