keluang man adalah hero malaysia yang pertama

Salam..
tengok video ni sat.


hehe. anda kenal dengan kartun ini? mungkin ada yang tak kenal dengan kartun keluang man ni sebab masa kartun ni keluar kat tv dia tak wujud lagi ke (bajet muda sangat kan) tak pun dia ada di luar negara. aku pun lupa kartun ni keluar kat tv masa tahun bila yang aku tahu masa tu aku baru sekolah rendah.

aku takdelah minat sangat dengan kartun keluang man ni tapi setiap kali cerita ni ditayangkan aku tengoklah jugak tak miss ataupun sebenarnya aku kena tengok sebab ayah aku dah buka. taktahu lah kenapa dia suka tengok mungkin sebab nama keluang man tu sama dengan nama dia kot. alah, kat sekolah pun aku dan adik beradik aku dipanggil anak keluang man. nama sama je pun. haish! betul budak-budak ni takde modal nak mengata orang. balik aku bagitahu ayah aku, dia rilek je beb. HAHA. dia suka lah tu.

yang pasti keluang man ni adalah hero pertama yang tercipta kat malaysia. yeke? walaupun dalam bentuk kartun. masa tu diorang tak terpikir pun nak buat macam cicakman agaknya. tapi kan, dulu kecik-kecik masa tengok keluang man dengan ayah aku, sampai sekarang aku tak paham jalan cerita dia. kejap kat hospital gila kejap kat luar selamatkan orang kejap lagi keluang man dengan tok guru yang ajar dia silat. adeh! aku tanya jugak ayah aku, dia terangkan tapi aku still tak paham! huhu..

ihsan imej dari [GOOGLE]

takpelah, yang penting
cerita ni ketengahkan seni
mempertahankan diri melayu
iaitu silat..
hidup anak gayong! *tiba-tiba

Ulasan

adiibmn berkata…
a'ah .aku pun tak paham citer ni .byk kali aku cube memahami .huhu .kejap tu kejap ni .poning dehh~ ehehee :D tapi yg penting layaannn~
adiibmn berkata…
best best best :) !
Zazachan berkata…
@adieyb hehe..memang layan..
Newsberri berkata…
citer ni mmg lyn....terhibur dgn lawak2 peliknye haha..
Masa kecik2 dulu selalu juga layan..hehe
syazwani ab berkata…
lagu die besh .
dolu kecik2 wani hafal lagu ni tapi sekarang dah tak , haha ~
nabilah_2908 berkata…
masa kecik2 dulu suka juga layan....bila dah meningkat umur..mula terasa yg cerita ni agak mengarut..ala namapun kartun...layan kn saja..

sokong produk keluaran Malaysia.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak, AYAM BERMACAM AYAM
HEROICzero berkata…
gayong ke? hehe.

dia jadi gila sebab kene pukul kat kepala kan. =)

best cerita ni. lawak2 pon gk.
hafidzul berkata…
ang nk kene paham betul2, ang kene tgk dr mula.... Time kecik dlu mmg ler tak phm... Skang tgk ler.... Sbb mse kecik2 yg kite tak phm tu sbb byk sgt flashback....
Hidup silat.... Zattttttt!
hahaha..
ak da smggu lbh da gne lgu kluang man sbg ringtone hp... ske la dgn kluangman... :D
N berkata…
cerita feveret dulu masa budak2 nih..paling best, inspector sahab...takble blah.hahaha
jijie berkata…
ko tau ja, masa kak long kat USM, g-me dok nyanyikan lagu tema cite ni bila nampak kak long. tak kisah la time tu ramai orang ke tak... fuh! malu siot.
Zazachan berkata…
@Rie lawak pelik??hahaha..agkla smpai xphm aku dibuatnye..
Zazachan berkata…
@Pejuang Kesenian Extreme mcm cerita wajib layan je masa kecik2 kn..hehe
Zazachan berkata…
@Wani a'ah lgu tema pun dah best.siap boleh menjerit2 nyanyi lagu dia..huhu
Zazachan berkata…
@nabilah_2908 bese la dah matang..hehe
Zazachan berkata…
@HEROICzero a'ah aku gayong.. oh, kirenye yg byk2 flash back tu nk cite balik cmne dia kne pkul ke?huhu
Zazachan berkata…
@GataKiriBa baik cikgu!!..sat gi aku cari kt youtube tgk balik..hidup silat gayong!
Zazachan berkata…
@...cHoMeL iTu AkU... ko suke tgk katon ni ke ko suke dgn nama keluang man tu?huhu..lg advance dr aku!
Zazachan berkata…
@N tau xpe..inspector sahab slalu nk condemn dia..kn?kn?
Zazachan berkata…
@jijie haha..g-me mmg camtu kot. dpn mak ayah pun selambeee je.haha
Sang Gabriel berkata…
aku suke sidekick die, tiongman.haha
HEROICzero berkata…
yup. cerita pasal dia sebelum tu. masa dia dgn cik awek pun banyak.

n masa kat hospital gila, ade budak baru masuk. yaaa, tiong man!
Tanpa Nama berkata…
whoaaa, classic gile ni kluang man~
lagu theme song dia masih bermain di fikiran ku. haha

ps: malas ar nak fikir like button tu, yg penting orang boleh like~ haha
Zazachan berkata…
@gabanMorka a'ah tiongman macam xkuat pun ada gak.hehe
Zazachan berkata…
@HEROICzero awek wartawan tu ek?hehe
Zazachan berkata…
@Eel mknanya anda sudah wujud ketika cerita ni ditayangkn.hehe..ingtkn sy je yg dah tua.adeh!
ghost berkata…
dia....bagai seorang perwira..
menentang musuhnya....

tuh jer yang aku ingat liriknya..haha

sama macam batman ada robinnya..
dia ada tiungmannya..
Zazachan berkata…
@ghost writer a'ah dia nk tiru batman sikit tp dia tetap kekalkn style melayu mcm silat.hehe
SHAR berkata…
kartun zaman muda2 dulu tu.. huhu.. da lama tak tgk.. =D
Zazachan berkata…
@SiTi HaJaR hehe..jom2 cari kt youtube.. =)

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?