sekali lagi pasal formspring..

Salam..
pagi-pagi ni macam taktahu nak buat apa, bukan takde keje tapi belum ada mood nak buat. aku belek-belek laman sosial yang aku pernah sign up termasuklah yang dah berkurun lamanya tak buka ataupun buka masa aku sign up tu je then tak buka-buka sampai hari ni sebab baru je kejap tadi aku buka. termasuk borang anjal atau formspring. 

kalau dulu aku tak buka lama sosial tu sebab aku nak kumpul soalan banyak-banyak baru jawab dan bajet kat semua orang yang follow aku, "aku dapat banyak soalan lah!," HAHA. dengan bangganya aku gelak. tapi sekarang dah malas dah nak buka. sebab-sebabnya?


soalan banyak tu je
tahulah korang mesti nak kata kalau aku tak tanya orang macam mana orang nak tahu kewujudan aku kat formspring tu. tapi kalau aku tanya soalan aku taknak lah orang annoying dengan soalan aku. apa yang buat aku kata soalan aku annoying bila orang jawab soalan aku macam taknak jawab,


"ntah,"


fine, kalau dia taktahu jawapan ke hape ke tapi takkan lah semua soalan dia jawab dengan jawapan yang sama?


"kau suka apa?"


lepas tu jawab ntah. ok, mungkin dia pun taktahu apa yang suka. ok kalau jawapan yang ok sikit,


"kau ni nyah ke?"


"TAK," ok ni yang ok sikit tapi yang penting jawapannya tetap sepatah. yelah, lepas ditanya macam tu gila kau nak jawab "NTAH," ? tak pasal-pasal orang kata dia maknyah. HAHA.



soalan yang sama
kadang-kadang aku sendiri taktahu nak jawab apa kalau soalan yang orang bagi adalah benda yang sama. nak aje aku bagi link jawapan aku je terus. susah sangat kan. nampak sangat lah soalan tu copypaste. 


"do u agree if i say "a man falls in love through his eyes, a woman through her ears"


contoh soalan yang ramai sangat tanya kat aku. tu yang malas nak jawab tu. kalau sorang dua aku boleh terima lagilah nak jawab tapi ni. erk? lebih dari dua oranglah yang pasti.

formspring----> facebook + twitter
ada pulak yang gian dengan facebook dan twitter dok buat status merepek-repek kat ruangan soalan tu. adoyai.. agaknya dia taktahu konsep formspring kot. bagitahu pasal pakwe dia lah. bagitahu pakwe dia nak kena kebas dek orang lah. bagitahu dia ada crush kat orang lainlah. ni pun aku taktahu nak jawab macam mana. kalau sorang dua jugak takpelah. dah tu berderet-deret muka dia kat inbox soalan aku tapi semua benda-benda merepek tu je. dulu aku layankan jugak. tanya balik kat dia,


"pakwe kau sape? aku tak kenal,"
"owh yeke? sape minah tu?"
"bagitahu je lah kau suka kat dia,"


feedback kononnya aku concern pasal dia. nak buat macam mana dah dia dok memenuhkan inbox aku. tolonglah bagi soalan membina sikit. tapi kalau soalan yang membina sangat aku tak boleh jawab pulak. terpaksalah aku google sat semata-mata nak jawab satu soalan. tu pun satu sebab jugak tu. dan kalau korang nak tahu bila aku tanya soalan kat dia dari luar topik yang dia bagi kat atas, jawapan dia tetap menyakitkan hati, "NTAH,"


ok, bukan banyak pun sebab aku tak buka borang anjal tu. sebab yang sebenar aku malas je nak jawab soalan. gile ahh, dah penat-penat pikir kat dalam kelas balik pulak nak kena perah otak jawab soalan dengan jawapan yang tak menyakitkan hati orang lain. sebab kadang-kadang orang tak puas dengan jawapan kita kan. kalau aku tak puas dengan jawapan yang orang bagi kat aku selalunya aku remove je orang tu dari connection aku malas nak baca jawapan yang menyakitkan hati so tak payah bagi spam soalan terus kat dia. 


aku rasa dah dekat sepuloh kali 
entri aku pasal formspring
komplen je keje aku..huhu

Ulasan

ika berkata…
komplain diterima !
Sang Gabriel berkata…
ermm...soalan ditutup.
hehe
Zazachan berkata…
@ika hahaha..ok.terima kasih kerana menerimanya..hehe
Zazachan berkata…
@gabanMorka yup..siapa sokong soalan ditutup?hehe
Botak berkata…
hapuskan formspring!!!
hahahahaha.. :))
HEROICzero berkata…
hehe x pernah terasa nak buat formspring sebab tau, xde sapa nak tanya2 apa2 punya. =)
Zazachan berkata…
@Botak hahaha..ko mengalami situasi yg sama ke?

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.