oh, follower ku..

Salam..
aku kalau berblogwalking benda pertama yang aku akan tengok kat blog tu adalah jumlah follower. opss! bukan nak bandingkan dengan aku sebab aku tahu follower aku pun bukannya ramai. segan aku nak tunjuk sebab tu widget follower aku pun aku remove. biarlah aku saje yang tahu berapa ramai jumlah follower blog aku ni.

orang kata kalau nak buat sesuatu mestilah dengan hati yang ikhlas dan bagi aku samalah jugak dengan blogging ni. kita bukan mengejar populariti dalam dunia blogging ni. biarlah tak ramai yang menyergah blog kita tapi hati biar ikhlas. cehh! kadang-kadang aku rasa entri aku banyak yang poyo. korang mesti rasa macam tu jugak kan? nak buat camne aku memang jenis poyo je ni. mengaku.. HAHA.

berbalik kepada isu follower tadi. selain follower satu blog tu aku juga akan tengok pengunjung blog tu macam komen ke takpun widget trafik yang blog tu letak. alah, macam kat aku ni lah. '1 gransazer sesat'. hehe. kebanyakan blog yang mempunyai follower yang ramai, trafik dan komen blog mereka pun boleh tahan ramai. kadang-kadang ada yang beratus. pergh! dasyat betul. mesti bestlah blog depa kalau tak kenapa ramai yang ikut kan. tapi ada jugak yang follower ramai, tapi komen kat entri tak ramai mana. ada yang takde komen langsung kat entri dia. kenapa boleh jadi macam tu?

bak kata Admiral Hafiz dalam entri dia yang NI, antara 1000 follower dan 10 komen mana satu yang lebih berharga? bukan follower tu tak penting kadang-kadang ada juga yang follow sebab nak kita balas follow mereka balik pastu bila dah follow mana pegi mereka? yang ikut blog kita tu alhamdulillah tambah trafik blog kita tapi yang terus hilang tu? cuba bayangkan, mula-mula datang blog kita bagi chat kat shoutbox macam ni,

"hye, nice blog. follow me k,"

takpun,

"nice blog, follow awak. follow saya balik k,"

ok, lepas tu kalaulah anda follow. kemudian seminggu selepas tu orang yang sama ataupun link yang sama jerit-jerit kat blog korang dengan ayat yang sama. tak ke rasa pelik tu? yelah, kita pun memang tak boleh nak kata orang tu ikhlas ke tak kan. tapi jangan lah nampak sangat.huhu 

aku tak kisah sangat bab-bab follower ni. kalau ada yang follow tu alhamdulillah. tapi aku rasa lebih teruja bila ada yang komen blog aku walaupun seorang dua. sekurang-kurangnya aku tahu ada yang sokong blog aku ni walaupun tak sehebat blogger lain. yelah, aku ni dah lah jarang berblogwalking komen-komen blog orang. yang mana sempat je lah aku pergi. dan semestinya probability yang sempat tu mereka-mereka yang komen entri aku. huhu.

sebenarnya entri kali ni aku nak ucap TERIMA KASIH buat korang yang sudi datang blog apa!!bagi idea.. ni. thanks a lot, jasamu dikenang kerana menyokong aku dalam dunia blogging. ceh! macam speech artis. HAHA.

Ulasan

Edda berkata…
blog walking..

nape remove follower?
Zazachan berkata…
@edda(",) eh? sape pulak yg remove follower?
ZAIDAHTUL AKMAL berkata…
Habis 2 nanti diorg nak follow mcm mane??
Tanpa Nama berkata…
isu follower ni keep on become problem to bloggers :)

aku pn stuju bila ko ckp ada follower yg JUST nk kte folo balik..aku cam tak slesa dgn follower cmtu..sbb..dia seolah2 cam tak ikhlas folo blog kita ni.huhu.
ZAIDAHTUL AKMAL berkata…
Tag zaza dalam ne..jom join cepat.
CONTEST POSE MENARIK
jijie berkata…
@edda(",) dia remove widget utk follower je... tapi kat atas still ada tab utk follow..
HEROICzero berkata…
remove widget follower kot maksud dia.

hey you. kadang2, blog yg x ramai follower neh, best! cuba tengok isi2 nya. kadang2 sgt menarik.

*lebih suka blog yg tulisan menarik, kemas, dan tak terlalu personal. mudah diikut. kan? =)
Newsberri berkata…
susah nk jd ikhlas =_=
::ThisIsNotMe:: berkata…
penah gak remove follower tu sbb die pergi komen kat page kite "sy kenal awak ke???""
Jue Nara berkata…
xpe la kalau xde org nak komen.. nak buat camne kn.. yg penting kt berblogging sbb kepuasan diri (agak poyo disitu).
tapi mmg terasa la jg klu xde org komen.. hihi
Zazachan berkata…
@Zyash kat tab menu atas sekali ni ada follow.perasan x?huhu..klik situ kalo nk follow..
Zazachan berkata…
@Nabilah tu lah..bnde ni susah nk cerita dlm dunia blogging ni..
Zazachan berkata…
@Zyash huhu..tq zyash..hehe
Zazachan berkata…
@jijie utk jijie..oh my sis!haha
Zazachan berkata…
@HEROICzero tau xpe..tp knp kadang2 tu ramai xnmpk ke-best-an blog mcm tu?huhu..byk kot blog yg sy tgk mcm tu..menarik, byk pengisian tp xrmai yg ikut.
Zazachan berkata…
@Rie tp bleh cuba.huhu
Zazachan berkata…
@::NelyLeyana:: mcm sakit hati je ble ada yg komen tnye mcm tu.huhu..kt page fb ke kakak?*saje je pggil kakak.hehe
Zazachan berkata…
@Jue a'ah btul tu..mgkin entri kite terlalu menarik sampai org pun xtau nk komen ape..hehe..*poyo je
farah wahedda berkata…
hurmmm sokong sesangat laa ape yg awak ckpkan 2 hehee
Sang Gabriel berkata…
aku pernah terjumpa dialog dari blogger-blogger polan bin polan yang bunyi lagu ni:

A: aku dah follow 1000blog!

B: aku baru 500, target aku follow 2000 blog

...............kah3
Zazachan berkata…
@gabanMorka erk?erk?ada eh?aku tak pernah pulak terjumpa macam tu.huhu

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?