kongkong ke kongkang?

"awak rasa saya ni mengongkong awak ke?"

mesti pernah walaupun sekali terdetik mahupun cakap sendiri kat pasangan ayat kat atas ni. tak kisahlah macam mana bentuk ayatnya, bahasa ke tapi niat mesti sama kan? aku pun pernah je tanya kat mr. raksasa macam ni. memang aku tak rasa pun yang aku ni mengongkong hidup dia tapi aku taktahu apa yang dia pikir. mungkin jugak benda yang kecik pun bagi dia mengongkong. tapi Alhamdulillah dia tak pernah cakap pulak aku ni mengongkong. kalau jeles sikit-sikit tu mungkin lah ada.

"u nak pilih i ke perempuan tu? kalau u pilih i, u remove dia dari friendlist facebook u!"

 perempuan kalau mengongkong semua benda nak kawal. dengan sape laki dia kawan pun jadi satu masalah. bagi dia pakwe dia tu untuk dia sorang je orang lain tak boleh pandang langsung. sape pandang siaplah kena maki. 

sosial network
akaun sosial network pakwe dia adalah akaun dia jugak. bak kata mr. raksasa,

"facebook saya, facebook awak jugak,"

dulu je lah aku berani menggodek akaun facebook dia sekarang dah tak berani. selagi dia tak suruh selagi tu aku tak buka. aku buka pun kalau ada gambar-gambar baru yang member-member dia tag. sebab aku tak boleh tengok gambar-gambar tu melalui akaun facebook aku. 
ok berbalik kepada kongkong tadi. perempuan akan check satu persatu aktiviti pakwe dia kat facebook. kalau tak log in akaun pakwe dia pun boleh jugak jadi stalker tapi takde lah se-detail tengok kat facebook pakwe dia tu. sebab kadang-kadang tu mesti ada kawan-kawan pakwe dia yang takde kat friendlist dia kan. selain tu mestilah dia nak tapis orang-orang yang add pakwe dia kat facebook tu kan. kalau yang kejam mana-mana perempuan yang add walaupun perempuan tu pun kawan dia dia akan ignore terus. perempuan yang dia tak kenal bagi mesej ke post kat wall ke dia akan delete terus!

handphone
setiap kali jumpa handphone pakwe dia akan pegang dari start jumpa sampai lah nak balik. baru dia bagi kat pakwe dia balik tu pun kalau pakwe dia bertuah dapat simcard. kalau tak kompem dia tukar simcard. mesej-mesej perempuan yang masuk dalam handphone pakwe dia tak balas tapi dia call balik maki-maki. aku pernah kena. masa tu aku kat matrik lah. dan aku kompem plus yakin perempuan yang call aku tu budak sekolah yang baru nak naik. suara pun kenal macam budak-budak habis pikir aku nak ngurat pakwe dia. padahal kenal pakwe dia pun tak. entah nombor sesat mana entah cakap nak kenal. siap tanya nama aku. gile agaknya. masa tu dah le tengah makan. memang aku tak layan lah. tiba-tiba nombor yang sama call aku dan yang bercakap adalah suara perempuan marah-marah sebab dikatakan aku nak ngurat pakwe dia. kepala hotakk dia lah aku tengah makan kot masa tu. yang aku pelik masa tu kalau betul dia check handphone pakwe dia kompem lah dia tahu sape yang menggatal sebenarnya kan? nampak sangat lah budak sekolah baru nak naik. obses dengan lelaki.

real life
takde sape boleh rapat-rapat dengan pakwe dia. macam yang cakap tadi pakwe dia untuk dia sorang je. pakwe dia dilarang sama sekali untuk berkawan dengan perempuan nak nak yang lebih cantik dari dia. tak kisahlah pakwe dia tu setia macam mana. tapi dia sorang je boleh kawan dengan lelaki. memang baguslah sebab dia bagitahu kat pakwe dia sape yang dia rapat sangat tu dan siap boleh berkenal-kenalan lagi. tapi rasa macam tak fair lah kan. pakwe dia terpaksa menyempitkan minda untuk menjaga hati dia. apa heck! belum kawen lagi kot. nak kongkong-kongkong bagai. yang pastinya pakwe dia macam tak boleh buka mulut langsung. kalau aku jadi laki tu aku clash kan aje perempuan yang dok mengongkong ni. 

aku cakap pompang-pompang bajet bagus pulak kan. aku sendiri pun macam tak reti nak jaga pakwe sendiri. HAHA. aku bagi kebebasan kot. kalau dia rasa kebebasan tu adalah peluang dia untuk curang terpulanglah pada dia. aku bukan tak ambik kisah langsung tapi aku taknak dia klasifikasikan aku sebagai perempuan yang mengongkong. sape je yang suka hidup terkongkong dan setiap gerak geri dikawal? cuba bagitahu aku.

give and take
fair and square
apa lagi yang sesuai aku sebutkan kat sini?
huhu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?