new bloglist
new home new bloglist new bloglist

02 Februari, 2011

Home » » kawan-kawan...

kawan-kawan...

Salam..
dah dekat seminggu aku tido awal dalam pukul 9 malam then bangun balik paling awal pukul 11 paling lambat pukul 4 pagi. pergh! gile minah ni buat apa pepagi buta. banyak keje nak kena setel. dari report yang tersusun rapi jadualnya sampailah ke mini projek yang tak lama lagi kena hantar hasil kejenye. dan semoga mini projek kali ni bukan lagi macam mega projek sem 2 yang lepas. huhu.

kau tahu tak, kau perempuan kedua yang buat aku hepi

bangga aku dengar kata-kata member baik aku ni. walaupun bukan yang pertama sebab yang pertama tu awek dia. simple je aku jawab balik kat dia,

"aku kan kawan baik kau,"

jap lagi cakap lebih-lebih ada yang kena smash dengan mr. raksasa takpun dia yang kena smash dengan awek sendiri. opss! kadang-kadang susah nak pahamkan orang yang kite ni hanya sangat baik dan rapat dengan orang-orang yang tertentu. fine, memang pun ada rasa lain macam sebab berlainan jantina tapi status tu tetap kawan. jeles tu biasalah kan, nak nak kalau cara pergaulan yang lebih dari kawan. contohnya bersayang-sayang dengan kawan baik yang lain jantina. kalau perempuan dengan perempuan mungkin aku boleh terima lagi, kalau perempuan dengan lelaki aku rasa macam pelik dan akan timbul bibit-bibit jeles di situ. lelaki dengan lelaki? erk! korang pikir lah sendiri!

tiba-tiba je aku terpikir pasal kawan-kawan sekolah aku yang belajar kat mesir. apalah yang berlaku kat mereka. ada sorang ni sebelum ni aku nampak dia asyik online ym je setiap kali aku online tapi sekarang takde dah. risau pulak aku. Alhamdulillah aku tak berada di tempat mereka sebab aku bukan jenis yang tabah untuk hadapi situasi macam ni. semoga mereka selamat dan sentiasa dilindungi Allah.

6 virus attack:

z berkata...

gagah la die tido lewat..boleh kurus la lama2..huhuh

Rie berkata...

moga mereka selamat semuanya...yg penting mereka kena keluar dari mesir dulu..bagus juga kerajaan pindahkan diorg ke Jeddah dulu..lega sket rasa :)

cik zaza berkata...

@z dah mmg kurus..huhu

cik zaza berkata...

@Rie tu lah..nama2 student msia yg dah slmt smpai msia pn xde nama member2 aku..

gabanMorka berkata...

pergh...kalau nama dorg xde so camne tu?

cik zaza berkata...

@gabanMorka tu lah..aduh..risaunye..