bila kebosanan dan emosi disatukan...

Salam..
hari ni aku berblogwalking di beberapa blog yang aku tak pernah masuk sebelum ni. dan mungkin jugak aku takkan mention blog sape yang aku maksudkan di sini. aku bukan ingin membajetkan diri dengan berlagak seperti seorang otai blogger yang sudah berpuloh tahun di dunia blogging ini tapi mungkin aku hanya ingin menegur keadaan sesetengah blog yang tersangatlah comel dengan lap lap yang berguguran memenuhi skrin aku dan semestinya sukar bagiku untuk mengklik pada mana-mana link yang berada di sana. kadangkala melembabkan loading kerana terlalu berat atau bahasa kasarnya widget yang menyemak!

ouh, mungkin bagi sesetengah pihak akan berkata, "biaq pi lah sama depa nak pasang widget apa pun. blog depa bukan blog ang," fine, kalau itu yang korang nak kata aku cakap je. kalau korang suka aku tak kisah langsung. aku tahu memang ramai yang suka benda-benda comel macam widget-widget yang memberatkan blog tu dan ikut korang jugaklah kalau korang memang seorang peminat setia blogger tersebut dan sanggup tunggu loading sampai esok pagi tu pun bukan masalah aku. kalau aku dah lama aku tekan tanda 'X' kat sebelah tab blog tu. 

dan.. kebanyakan mereka yang mempunyai blog dengan widget-widget comel tersebut sangat suka mempamerkan muka mereka. header tu mungkinlah aku boleh terima sikit tapi kalau kat sidebar berderet-deret muka mereka dengan gaya yang sangat comel dan pose yang sangat 'umph'.. HAHA. korang jangan salah paham aku bukan seorang lesbian yang boleh terpikat dengan pose mereka yang sangat 'umph' tu. fine, aku takde bakat untuk berposing sebegitu rupa atau dengan kata lain aku cemburu akan badan mereka yang sangat 'solid' dan  ' gebu'!

nampak ketidak matanganku dengan mampu berposing dengan jari.. *sigh

semestinya dengan pose yang tak matang ni aku tak boleh masuk contest INI. taknak masuk pun. HAHA. saje nak promote sebab aku tahu ramai wanita-wanita di luar sana yang sangat berbakat ataupun takde bakat tapi berminat nak jadi model kan? kan? lari dari topik pulak.


aku teringin jugak nak letak widget lap lap
berterbangan macam diorang tapi nanti insyaAllah
blog aku pun akan jadi berat kalau tak berat pun
loading mesti lambat nak mampos! taknak aku..

Ulasan

starsyeea berkata…
takyah la reno lagi...dah cun pon blog ko nih...hehehe :)
Zazachan berkata…
@starsyeea xnk aku reno blog ni lg..dah mls dah..huhu..
Newsberri berkata…
haha..si nana lama x dgr cite..uit syea!!lama ilang pigi mane daa..huhu..
Zazachan berkata…
@Rie syea mcm chipsmore!huhu
Tanpa Nama berkata…
hoho, baru je lepas ni nak letak mcm2 widget, terus tak jadi letak~~ hee~

thanks for watching my vlog~ =D
Zazachan berkata…
@Eel erk, alamak! aku membantutkn niat ko ke? sori la eh.. tp pikir la dulu.hehe..

u're welcome! x)

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.