new bloglist
new home new bloglist new bloglist

06 Januari, 2011

Home » , » "truutttt..truuttt...weyh, kenapa dengan kau?"

"truutttt..truuttt...weyh, kenapa dengan kau?"

Salam..
baru saja menerima panggilan dari seorang kawan. minah ni, berapa ramai kawan daa.. HAHA. kawan biar beribu, bercinta biar satu. aku kawan je dengan sape-sape yang taknak kawan dengan aku tu lantak sama dia lah. berbalik kepada cerita kawan tadi. dia juga antara insan-insan yang aku rasa nak cerita apa yang telah berlaku kepadaku dan kawan-kawanku yang lain.


aku ingat benda ni dah setel.


itu je yang dia cakap kat aku tadi. macam mana lah nak setel kalau masing-masing taknak buka mulut termasuk aku. masing-masing buat macam tenang walaupun sebenarnya memang tengah ada masalah. masing-masing nampak aman walaupun sedang perang. aku tahu dari awal benda ni boleh selesai tapi mungkin lambat bertindak atau kami ambik tak endah saja dengan masalah ni. nak cakap pun serba salah bila sebelah pihak rasa meluat dan terus mendiamkan diri. bila dah jadi macam ni bagi aku dah takde apa yang boleh kami buat. terima saja lah.


habis tu macam mana? takkan kau nak suruh aku tolong duduk sekali dengan kau.


HAHA. memang bolehlah. kau tido kat dapur. jangan keluar selagi kami tak siap. gila apa nak tinggal sekali. ish..ish.. kerisauan mula terdengar dari suara beliau bila menyatakan kami sekelas dengan mereka. agak susah kalau nak bekerjasama nanti. insyaAllah. kami akan jadi professional selagi kami mampu. tiada yang mustahil, bukan? orang kata tolak masalah peribadi ke tepi. jangan dicampur adukkan dengan kerja. tapi taktahu lah kalau mereka yang tak selesa dengan kami. 


aku tak pandai berhadapan dengan orang seperti ini. mungkin akan kekok kelak. tapi apa boleh buat. terpaksa juga aku menebalkan muka. buat macam segalanya dalam keadaan baik. takde apa-apa masalah. dan taktahu lah sampai bila. mungkin sampai kami tamat belajar. atau satu hari nanti ianya betul-betul akan kembali seperti sediakala. harapnya begitu.


malam yang sunyi aku keorangan
mengarang entri dengan bahasa
yang aku sendiri tak sangka dapat hasilkan.
HAHA

6 virus attack:

Qu azniza ;) berkata...

harap boleh kembali mcm biasa..
susah law da masalah... an...kekok/

cik zaza berkata...

@Qu azniza ;) mmg susah..nk buat keje pn mgkin terbatas..huhu

niesh™ berkata...

buat biasa je yee :) be professional :DD

cik zaza berkata...

@niesh™ yup..sy akan cuba hbs baik jd professional..hehe

sakina sakura berkata...

ala kakak..jgn ngisau..lame2 ok lar 2..hopefully..hehe..psss!byk ker kne seclas weyy..adoiii...

cik zaza berkata...

@sakina sakura hahaha.. aku rasa mmg byk la kakak..huhu