tak habis-habis dengan pervert.

Salam..
fuh! nasib baik semalam aku tido tak bawa handphone sekali. entah mana handphone aku letak dah la pulak tu aku pergi silent kan lagi bagus. sape-sape yang mesej atau call kompem aku tak tahu. ini kukuh membuktikan aku bukan seorang yang obses dengan handphone. 

pagi ni barulah aku dok cari-cari manalah incik hitam samsung pergi. janganlah merajuk incik hitam.. hah! jumpa juga akhirnya. check handphone ada 4 missed call dan 2 mesej. yang 4 missed call tu memang dah agak orang yang tak paham-paham bahasa asyik mengganggu hidup aku dengan benda-benda lucah! nak tahu lebih lanjut sila lihat entri INI. 2 mesej pula datang dari cik mimi yang agak lama tak kontek. entahlah. aku yang malas nak menaip mesej untuk dia atau dia yang malas nak kontek aku. tanya mengenai semester registration yang telah dibuka. lagi satu mesej juga dari unknown yang dok missed call aku.

"awak.nak.#@!$%,"

kerana terlalu lucah aku tak sanggup untuk menayangkan di sini. dan tak sanggup untuk mengotori kesucian blog aku ni. suci ke? aduh! gila ke mamat ni? aku dah kata jangan kacau aku dia tetap dok kacau-kacau dan sekarang dah pandai send mesej pulak. tak pasal-pasal lepas ni dia mms benda bukan-bukan. aku rasa memang patut aku tukar nombor. aku dah tak tahan lagi diganggu macam ni lagi.

identiti orang tersebut masih belum dikenalpasti. tapi ada satu hint yang aku tahu. tadi adik aku balaskan mesej dia tu,

"kau nak apa lagi gile?"

HAHA. adik aku memang mulut tak makan saman. ada lah lagi dia mesej dok maki mamat tu. tapi mesej tersebut tak terhantar pun maksud aku. aku hanya dapat report yang mengatakan mesej adik aku tu pending. maknanya sekarang mamat tu tak guna nombor tu sepenuhnya. dia ada main nombor yang dia guna selalu. tapi nombor yang dia dok kacau aku tu adalah nombor untuk dia berlucah-lucah. mungkin malam nanti baru mesej tu deliver. 

teruk sangat ke aku sampai orang nak buat jahat kat aku dengan bagi nombor aku kat pervert macam mamat ni? insyaAllah.. aku akan tukar nombor memandangkan ada yang dok risau kat aku. harap lepas aku tukar nombor takde ada lagi orang-orang pervert atau yang dok dengki dengan aku sesuka hati bagi nombor aku kat pervert-pervert semalaya.

Ulasan

baincardin berkata…
Siapa kata shoot gambar² di kawasan kilang tak best ??? jom layan...:)
Zazachan berkata…
@baincardin jap lagi aku dtg ye..huhu
hans berkata…
erk
rimas kan kalau jumpa orang pervert cam tu
haih

P/S : Belia Benci Kuliah Minggu Pertama!
Zazachan berkata…
@hans bkn setakat rimas je..nyampah pun ada.huhu
kucokelat berkata…
haaa. kita pon penah kena..kaco
geram pnya pasal..
kita p tampal number dia merata2 ..dekat kawasan public.
pastu tak kaco dah
Zazachan berkata…
@Qu azniza ;) eh yeke? nak try la cara awk tu..hihi..thanks ye..
THE GREEN berkata…
salam...

saya just blogwalking. baru tahu pasal blog ni..

anyway kalo ada masa, silalah menjelajah ke blog saya..

happy blogging :-)

regards,
BLADE EDGE
Zazachan berkata…
@BLADE EDGE wslm.. terima kasih ye sbb sudi ke sini.. x)

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?