simpulan yang berjaya dileraikan..

Salam..
hari ni paling bosan. sebab dah le kena bangun awal. ingatkan ada lah kelas pagi kononnya ada briefing lab.. hurm.. takde pun. ada lah dalam 20 minit pastu dah bersurai. penat bawa lab coat putih. 

lepas tu terpaksalah stay kat micet sampai petang sebab kelas seterusnya petang pukul 2. lepaklah aku dan member aku kat library. kebetulan member aku ni nak online sebab kawasan rumah dia takde line celcom nak online dengan brukband. aku dok depan dia temankan aje. awal-awal dah pergi ambik buku rujukan biochemistry. kononnya nak study tapi kejap je lah. pastu dah macam nak tertido aku atas buku tu. HAHA. disebabkan kebosanan melampau aku call budak kelas aku tanya pasal jadual yang tak setel-setel lagi dari semalam.

"weyh, tahu tak madam nak ambik hari jumaat jugak,"

terdengar bunyi merungut-rungut member aku sorang ni. sampai sanggup dia datang micet walaupun dia sebenarnya dah ada kat rumah masa tu. dia je lah cakap nak datang pukul 10 pagi. aku tunggu dekat pukul 11 baru dia datang. sementara menunggu terlentok-lentok aku depan member aku yang dok men-download nota yang tak terbuka lagi tu. 


HAHA. dah takde keje punya pasal. macam-macam gaya aku buat. memang buruk habis lah! tu lah sape suruh datang lambat sangat dah jadi gila depan kamera. nasib baik dalam library masa tu orang takde. tu yang bergambar macam nak rak tu. member depan aku tersengih-sengih je tengok aku buat muka pelik.

lepas dah sampai berpuluh gambar jugak aku snap baru budak kelas aku yang aku dok tunggu-tunggu tu datang. aduhai.. lambatnya. datang je dia cakap dia nak terus kompemkan hari jumaat tu nak letak tutorial reaction engineering. lepas tu terus gerak keluar. kejap gila. lepas dia dah blah tu barulah ada kekusutan berlaku bila senior kami datang nak ajak bincang pasal jadual. sebab diorang pun memang nak sangat hari jumaat tu. terpaksalah aku call budak kelas aku yang tadi datang library balik bincang dengan senior kami tu. 

tapi sampai sekarang aku tak tahu dah setel ke belum kekusutan tu sebab aku ada kelas pukul 2. diorang yang takde kelas je yang dok setelkan dengan kakak senior tadi. budak kelas aku pun tadi kata nak bagitahu jadual terbaru tapi takde pun. huhu.

takdelah waktu free jumaat
pagi dah ada kelas
petang takde kelas tapi mesti ada benda lain 
kawan aku nak ajak buat.
busy!

Ulasan

kucokelat berkata…
kelas xdek! memang best la
leh la kalo nak balik tdo
Zazachan berkata…
@Qu azniza ;) haha..tau xpe..tp kalo asyik tido je bleh sakit kepala pulak..huhu

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?