semangat semester baru. yosh!

Salam..
akhirnya aku dah decide untuk ambik berapa credit hour sem ni. biarlah sikit pun asalkan aku boleh baiki CGPA aku. seperti yang dinasihatkan oleh academic advisor aku. tapi tak lari pun dengan subjek yang kawan-kawan aku ambik. mungkin lah ada yang tak sama tapi kami masih boleh bersama. HAHA. ayat macam poyo di situ.

bila tengok jadual aku. pergh! hari jumaat takde kelas langsung. rasa macam nak melompat. HAHA. masa tu mesti boleh study kan? sekali lagi poyo. HAHA. tapi lepas kelas fermentation tadi aku terus, "ala...." sebab lecturer cakap nak tukarkan kelas ke hari jumaat pagi. ok lah, pagi je. petang dah takde kelas. 

mungkin sem ni aku lebih banyak subjek membaca dari subjek mengira. owh, subjek mengira ada 1 je. kira ok lah kan. subjek-subjek membaca bukan takde mengira langsung tapi mungkin tak sebanyak yang satu ni. reaction engineering. academic advisor aku macam beriya-iya suruh aku ambik subjek 4 jam kredit ni. takpe lah, aku memang suka subjek-subjek mengira ni. HAHA. poyo lagi.

ok, macam dah terlalu poyo entri aku kali ni. yang pasti aku akan tingkatkan lagi usaha aku sem ni. biaq pi lah orang  kata aku ambik subjek sikit-sikit nanti kena extend sem lah apa lah. aku tak kisah asalkan pointer aku berjaya dinaikkan dan maintain sampai aku grad. yosh!

hari ni aku rasa sangat bersemangat
dan harap-harap semangat ni berterusan sampai 
final nanti. hehe.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?