sape birthday hari ni? angkat lappy tinggi-tinggi, cepat!...

Salam..
dah 5hb Januari. tiba-tiba teringat seseorang yang aku pernah kenal sebelum ni. kenapa pulak teringat dia? sebab hari ni birthday dia. ok, secara jujurnya beliau adalah ex-boyfie aku. kenal masa mula-mula dapat handphone. dan dia juga orang pertama yang aku kenal birthday lebih awal dari aku. bab umur tu tak payah cerita sebab dia memang lebih tua dari aku.

serius, sebelum kenal dia or selepas kenal dia pun tak pernah lagi aku kenal orang yang birthday lebih awal dari aku kecuali ayah aku. ok, fine. aku tahu lah birthday aku takdelah awal mana. tapi agak awal lah jugak. kalau setakat jumpa orang yang birthday awal ada je. tapi takde lah kenal sampai berborak-borak ke, bertepuk bertampar ke. setakat tahu aje lah ada orang yang lebih awal lahir dari aku. *bajet aku sorang je lahir awal. HAHA

dari dulu sampai sekarang, kalau tengok pada tarikh kelahiran aku lah yang paling tua dalam kelas. HAHA. akak-akak kononnya. padahal yang agak tak berapa nak besar tu pun aku jugak. kalau nak defend adik-adik pun orang boleh pijak kepala aku baliklah. HAHA. tak payah cakap tarikh lah. cuba tengok umur dah cukup. sampai ada yang cakap aku ni adik kepada adik aku. gila kecik aku ni. HAHA. diorang nak kata aku ni comel sebenarnya. kalau dah kata aku ni adik kepada adik aku maknanya diorang mesti pikir aku ni anak yang terakhir kan? tapi memang ada je yang pernah kata aku ni anak bongsu, yang kata aku ni anak first pun ada. yang tengah lagi lah ada. hehe. taktahu lah macam mana diorang boleh agak-agak macam tu ek.

kat sini, aku nak mengucapkan HAPPY BIRTHDAY kepada ex-boyfie itupun kalau dia baca blog ni. entah-entah jumpa pun tak pernah blog hitam legam ni. dan juga kepada pembaca-pembaca blog APA!!BAGI IDEA yang lahir pada 5 Januari. jom dengar lagu birthday khas untuk korang.


lagu ni je lah dapat bagi. kek takde pulak.huhu..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?