orang tak kenal add kat facebook perlu ke confirm/approve atau biarkan saje?
Salam..
alhamdulillah. setelah aku renew account facebook yang baru aku berjaya menahan diri dari confirm orang-orang yang aku tak kenal. melainkan mereka ada mutual friend yang ramai dengan aku. tapi bukan setakat confirm bodoh saja. aku akan sedaya upaya tegur mereka dan juga sedaya upaya buat macam dah lama kenal. tapi segan juga kalau diorang layan nak taknak je. terutamanya yang sudah berawek (lelaki khususnya). jap lagi tegur lebih-lebih ada yang kata aku saja nak goda pakwe orang.
aku lebih selesa lepas confirm mereka kemudian pm mereka di facebook. bagi aku tu cara yang terbaik untuk soal siasat mereka dengan lebih terperinci. cewahh!.. masa tu lah aku selidik dan jadi stalker mereka sebentar. HAHA. sampaikan ada yang terkejut aku boleh tahu macam-macam tentang mereka. aku hanya jawab dengan ringkas,
"biasalah, aku kan stalker,"
HAHA. tapi sememangnya aku tak bolehlah guna ayat ni sangat kat orang-orang yang aku baru kenal. tak pasal-pasal diorang remove aku terus taknak kawan dengan aku. niat nak bergurau jadi lain pulak. nasib baik setakat ni mereka masih boleh menerima ke-stalker-an aku.
dengan cara macam ni aku juga berjaya mengenali hampir semua kawan-kawan aku kat facebook. kalau tak sebelum ni lebih ramai yang tak kenal dari yang kenal. orang dok berlumba-lumba nak add orang-orang yang pernah satu sekolah, satu institut walaupun tak kenal. memang lah senang cakap,
"alah, nanti lama-lama kenal lah,"
tapi bukan orang macam aku kot. sebab aku ni jenis tak berapa nak ramah. boleh nak jadi ramah tapi kat orang-orang yang betul-betul aku kenal, pernah berkomunikasi kat mana-mana then tiba-tiba jumpa balik kononnya. haa.. macam ni ok kot aku kalau nak beramah mesra. tak kisahlah berkomunikasi kat real life atau hanya di internet.
ada sorang mamat ni, dari account lama facebook aku sampai ke account yang baru ni dia mesti akan add aku. aku macam agak pelik sebenarnya. takkan lah sebab dia member sekolah mr.raksasa je. tapi yang bertambah peliknya, lepas aku confirm aku try jugak say thanks dengan harapan ada lah reply dari dia yang boleh buat aku jadi ramah. tapi takde. macam account yang lama dulu dari aku confirm sampailah aku delete sepatah haram pun dia tak tegur aku. apa sebenarnya reason dia add aku? hanya nak tambah kawan ke? hope untuk account baru ni aku berjaya meramahkan diri aku dengan dia. kalau tak mungkin akanku remove dia dari friendlist. walaupun terasa agak kejam.
thanks kepada semua yang telah wish birthday aku. i really appreciate it. kesian mereka yang wish aku melalui mesej handphone sebab aku tak dapat nak balas balik. takde kredit! HAHA. masa ni la pulak kredit nak habis. ok, udah-udah le membebel tentang birthday. orang dah muak nak baca. hehe. thanks again.
Ulasan
mungkin jugak. tp xelok pulak rasa kawan tp tak tegur kn?