new bloglist
new home new bloglist new bloglist

02 Januari, 2011

Home » » new year award.. oh yeah!

new year award.. oh yeah!

Salam..
aku ni macam malas je nak jenguk shoutbox aku. taktahu la kenapa. tapi baru tadi aku jenguk-jenguk, baca-baca, pandang-pandang sampai penat bijik mata sebab dah lama sangat tak tengok. dah sampai berapa page aku pun taktahu. sampaikan umar yang cute dok jerit dua kali suruh aku ambik award kat blog dia. HAHA. sori le umar aku tak teringat nak tengok jeritan kau tu.


ni hah award yang umar dok jerit-jerit tu. comel kan. kreatif umar ni. penulisan dia pun kreatif. aku selalu jugak datang membaca sampai tak tertinggal jejak. taktahu nak komen satu, satu lagi aku terlupa nak jerit kat shoutbox dia. tapi kadang-kadang komen jugak. kalau rasa-rasa comel silalah ambik. tak payah tunggu aku tag. hehe. walaupun memang kena tag. aduh-aduh.. malas pulak. yelah jap lagi aku tag.

sebelum nak tag kena jawab satu soalan dulu tau kawan-kawan. soalannya:


apakah azam lama anda yang anda masih ingat?

HAHA. macam tahu-tahu je. ehem-ehem. untuk pengetahuan umar yang cute, aku ada azam lama yang sangat banyak dan kebanyakannya tak tercapai pun. adakah itu boleh dikira sebagai azam lama? takpe aku bagitahu jugak. 

azam lama yang masih ingat sebab belum tercapai
4flat untuk sem akan datang. (kalau sebelum masuk U dulu azam aku nak dapat semua A). susah kot nak kecapi azam yang ini. nak nak untuk aku yang tak berapa nak berdisiplin ni. asyik leka je dengan benda lain, benda-benda yang tak berapa nak penting. tapi insyaAllah tahun ni azam ini tetap digunapakai.

azam lama yang masih ingat dan sudah tercapai
dapat pakwe hensem. kembang raksasa jap lagi. HAHA. takdelah. aku bukan segatal itu. ish..ish.. aku rasa azam yang aku pernah tercapai dulu dan masih aku ingat adalah azam untuk menjaga kulit. itu azam ke ek? hehe. aku belasah je lah. bukan apa sebelum ni kulit aku macam tak berapa nak jaga sangat. tambahan pulak kejap-kejap kulit aku ni gatal-gatal lah, menggelupaskah. tak pandai jaga. lepas tu pernah aku kena masuk hospital sebab kulit aku merah-merah macam alergik padahal sebelum ni aku tak pernah alergik. takde alahan pun. tibba-tiba je. sekarang dah elok sikit lah. 

jap lagi aku tag lah sape-sape yang aku berkenan. hehe.



8 virus attack:

~eZmALiZa~ berkata...

happy new year kamu...nice blog.. :D

cik zaza berkata...

@~eZmALiZa~ happy new year jugak.. thanks.. ^^

Gen2Merah berkata...

makasih tag saya award ni ya. nanti saya ambil. hehe Thanx

cik zaza berkata...

@Gen2Merah sama2.. ^^

Cik Mulat berkata...

dh ambil...thx yer zaza...hoho..

cik zaza berkata...

@Cik Mulat sama2.. ^^

|| amira || berkata...

mekaseh cik zaza .
dah ambil dah .
hehe

cik zaza berkata...

@|| amira || sama2... ^^