jodoh pertemuan Allah yang tentukan..
Salam...
dah besar rupanya anak kak sal tak lama lagi dapat menantu pulak lah ye
aku selalu sangat jadi saksi kejadian babak macam kat atas ni. baba bermula bila kawan-kawan mak aku tanya,
"anak dah berapa?",
"yang umur berapa?",
"yang bongsu sekolah lagi?"..
tak sangka aku. rupanya aku ni selalu sangat dengan mak aku. mana mak aku pergi mesti aku ikut. hehe. kalau setakat nak kawen tu sekarang pun boleh sebab dah pergi kursus kawen dah. hehe.
bila dengar statement macam kat atas ni aku mesti dok pikir sape yang akan kawen dulu ek? adakah kakak aku sebab dia paling tua? abang akukah? sebab dia macam tengah kumpul duit. kumpul untuk apa tu aku masih tertanya-tanya. adik akukah? sebab aku macam terdengar-dengar je dia nak kawen after grad diploma. tapi bila tanya kepadaku sendiri macam tak nampak bayang-bayang pun yang mengatakan aku akan kawen dulu daripada adik beradikku.
kakak aku ada je cakap macam aku je yang kawen dulu sebab aku je yang tengah steady dengan mr.raksasa. tapi selepas membuat segala calculation. *bajet bijak ni. HAHA. memang tak nampak langsung aku kawen dulu. kemungkinan aku yang akan kawen lambat. aku dok kira aku habis belajar bila, mr. raksasa pulak bila. HAHA.
atau sebenarnya aku yang tak bersedia? terasa diri ini sangat kecik untuk bergelar isteri barangkali. yang penting jodoh pertemuan Allah yang tentukan. aku sendiri taktahu sape jodohku. mungkin dengan raksasa mungkin jugak dengan orang lain.
tapi kita boleh berusaha dengan cara berdoa dan memohon kepada Allah agar kita disatukan
potongan ayat dari cerita AKU MASIH DARA. taktahu lah kenapa aku suka sangat cerita tu. mungkin sebab asyraf muslim. tenang aku tengok dia berlakon cerita ni. memang sesuai dengan perwatakan dia sekarang. tiba-tiba teringat saat aku bertudung labuh masa sekolah dulu. bertudung labuh hanya ketika sekolah. nak kata sebab aku sekolah agama tak jugak coz masa aku form 2 aku sekolah biasa walaupun jurusan agama. habis sekolah tak teruskan bertudung labuh. belum betul-betul bersedia barangkali. wallahu a'lam..
entri ni sedikit serius mengikut tahap keseriusan aku sendiri
tengah serius lah ni sebab cakap pasal kawen
orang kata kawen ni jangan main-main..
Ulasan