new bloglist
new home new bloglist new bloglist

01 Januari, 2011

Home » , » ignore cara yang terbaik.

ignore cara yang terbaik.

Salam..


IGNORE


perkataan yang aku praktikkan dari dulu dan sekrang. apa yang aku nak ignore sangat ni?


bila datang rumah nenek
nenek aku kan suka jadi polis kalau aku datang rumah dia. masuk je rumah tu mesti start dengar suara nenek aku memanggil. ok takpe lagi sebab aku memang akan datang kat dia dan salam dia. selesai salam. 


"kenapa kau lama tak datang sini?"
"adik kau mana?kakak kau mana?abang kau mana? semua taknak datang jenguk-jenguk orang kat sini?" 


bukan semalam aku datang ke? diamkan aje lah. kalau buka mulut nanti kata aku kurang ajar pulak. tak hormat orang tua dan sebagainya. 


bila ada orang cakap benda yang paling aku tak suka
ok, aku tahu aku kurus keding macam lidi. badan tak macam model iklan. tengok bmi pun aku kompem kurang berat badan. nak buat macam mana aku memang dilahirkan seperti ini. maksud aku, metabolisma aku tinggi. sebab tu makan macam gajah pun badan tak naik-naik. tapi aku bersyukur sebab setakat ni aku sihat walafiat tiada penyakit. alhamdulillah. masalahnya sekarang. ehem.. ehem.. kenapa orang nak pertikaikannya? tak payah lah nak kesian-kesiankan aku. dah macam ni kejadian aku nak buat macam mana. aku bukan tak berusaha. aku dah try macam-macam dah. tapi camni jelah. 


"aza, makan lah banyak sikit. kau kurus sangat macam hantu,"
"..... macam tengkorak..."


tolonglah jangan samakan aku dengan benda-benda yang kat atas ni. nak bergurau boleh tapi bukan perbandingan macam tu. bagi aku perbandingan macam kat atas ni dah kira melampau. sama lah jugak kalau orang kata korang binatang. mesti korang marah bukan? 
kalau setakat cakap aku kurus boleh lagi lah aku terima. selama ni pun aku ignore je bila orang kata aku kurus. kecuali perbandingan kat atas ni lah. kalau ada kawan-kawan aku yang cakap camni aku tak tegur dia langsung. pandang pun taknak. 


bila ada yang menyakitkan hati depan mata
yang ni lagi kena ignore. selalu jugak aku praktikkan. dah terbiasa pulak. tapi takde lah ignore selamanya. kadang-kadang tu aku tegur jugak. taknak ada ketegangan kononnya. dan demi kerja aku kena jugak berkomunikasi dengan orang macam ni. be professional. kalau rasa diri tak cukup professional tak payah cari musuh. kalau hidup kat atas mukabumi ni nak cari musuh memanjang baik tak payah lah der. hidup tak tenang. so, cara yang paling terbaik berhadapan dengan orang macam ni. be cool. buat macam takde apa-apa berlaku. kononnya, 


'kami okay bersama,'


yucks! geli pulak aku dengar. HAHA. tapi ada certain case kita tak dapat jugak ignore orang macam ni. bila? kalau dia dah start memudaratkan kita. bila dia dah start nak rosakkan pintu bilik! HAHA. ignore ignore jugak tapi kalau dah macam ni tak dapek lah. nanti start lah ada yang bersuara,


"ha'ah! memang tu pintu kau!"


HAHA.


bila mendengar ceramah oleh seseorang
ceramah yang aku maksudkan adalah bebelan di hadapan kita. memang tak baik buat macam tu. bebelan tu merupakan satu teguran. aku akuinya. tapi kalau pemberi ceramah tu adalah orang-orang yang mulut kata lain, hakikatnya dia pun sama je lah. haa.. yang tu rasa macam susah sikit nak terima. mungkinlah aku akan ambik yang mana penting dan yang mana aku boleh ikut, yang ada betul disebalik kata-katanya. tapi beragaklah. orang kata sebelum nak tegur tengok diri sendiri dulu. cakap pompang-pompang tapi perangai kau macam tu jugak. hurm.. tak payah lah. ibarat mengajar ketam berjalan dengan betul.


ni pehal tiba-tiba buat entri ignore ni? aduhai minah perasan sorang ni. HAHA. ni azam tahun baru la. azam tambahan kononnya. tahun ni macam banyak sangat benda aku kena ignore. yang lama-lama masih lagi di hati sebab belum tercapai. uih! macam banyak je berazam tahun ni. ditambah pulak yang ni. ada lagi satu. aku nak keje part time. ada sape-sape nak bagi aku keje? aku nak keje area alor gajah senang sikit nak pergi. hehe.


ok, thanks for reading.
ja ne.

15 virus attack:

adieyb berkata...

huhu ;)

De'din berkata...

happy new year
hope all your dreams and wishes come true !

cik zaza berkata...

@adieyb huhu.. =p

cik zaza berkata...

@De'din happy new year! xD

Heidi Shafiq berkata...

saye bukan gay saye ok! :P

Rie berkata...

selamat thn baru cik zaza, moga thn ni lebih baik dari thn2 seblumnya :)

sye ialah... berkata...

erk... cmne ek,bnyk sgt nk d ulas ni... xp
bab ignore nenek,ko ptt lynkn je,plng x pn ko sengeh kambeng,2 pn leh watkn at least nenek ko x amek ati,haha XD
bab ckp bnde xske,ignore ke??cam x je tym kte "besame" dlu,tp ak rse klu ko leh lwn blk,ko ckp le at least ko x gmok cam die..xp klu ko x rse cam2 kasa,hahaha.. XD
n bab ceramah yeke d ignore???agak nye nga org yg slaen ak kot,haha XD

cik zaza berkata...

@sye ialah... org selain ko? sape ko? aku knl ke?HAHA

cik zaza berkata...

@Rie slmt thn br.. xD insyaAllah bro...

cik zaza berkata...

@Heidi Shafiq HAHA. aku pn ok..lala

saye xdikenali... berkata...

@cik zaza

ak da xdknali rpenye dlm blog ni,k ak akn lpe kn azam tok slalu tgk blk ni... =(

cik zaza berkata...

@saye xdikenali... sori la encik kwn baik. aku xknl bila ko buat nama ko mcm ni. lgpn entri ni berdasar bnde yg aku tgh alami. so scara rgkasnya aku bgtau aku tgh kusut. sori nehh..

cik kumbang berkata...

we are in da same case...plg menyampah bila orang ckp sy kurus...apa body diorg tu cntik mcm model ke suke2 ati je nak tegur2 org...tegur direct lak tu...sakit ati betul....dah la yg tegur tu pun GEMOK...bajet je...
*geram3*huhuhu

cik kumbang berkata...

we are in da same case...plg menyampah bila orang ckp sy kurus...apa body diorg tu cntik mcm model ke suke2 ati je nak tegur2 org...tegur direct lak tu...sakit ati betul....dah la yg tegur tu pun GEMOK...bajet je...
*geram3*huhuhu

cik zaza berkata...

@cik kumbang ni betul2 mnyampah dah ni..huhu..sbr je la.