new bloglist
new home new bloglist new bloglist

13 Januari, 2011

Home » » hari keempat sudah. kenapa rasa macam masih awal?

hari keempat sudah. kenapa rasa macam masih awal?

Salam..
taktahu kenapa aku dah kurang minat nak online. memang lah aku online setiap hari tapi macam bosan pulak. selalunya aku akan buka blog ni je. pastu ada lah buka facebook sekejap, formspring kejap. twitter pun kejap. then aku tutup. yang tinggal blog je lah. nak update takde idea so aku biar je lah buka camtu. tu yang tiba-tiba korang masuk blog aku background dan header dah tukar lain. HAHA. tapi masih sama sikit-sikit je tukar tu. penulis blog ni masih sama.

kalau malam pulak setiap kali pukul 10 ke atas mata aku dah mengantuk dah. nak kata aku penat sangat sebab petang tu ada lab ke kelas banyak ke takde pulak. kelas seketul dua je sebab baru minggu pertama kan. lecture je lah ada minggu pertama ni dengan briefing untuk lab. tapi tak semua subjek or course yang ada. ke mata aku ni memang jenis cepat mengantuk? sebab masa aku kecik-kecik dulu makcik-makcik aku sampai panggil aku budak mata pukul 8. sebab setiap kali pukul 8 malam mesti ada dah tertido kat mana-mana kusyen rumah nenek aku. dulu aku selalu datang tido rumah nenek aku. hehe.

ikut jadual, minggu ni kelas aku sampai hari ni je, khamis. hari jumaat aku dah takde kelas langsung. tapi next week baru lah ada kelas jumaat pagi tu. huh! baru nak balik awal. HAHA. tapi ok lah kot sebab kelas jumaat tu petang dah takde. macam sem lepas punya jadual jumaat ada kelas petang je pagi takde. macam nak suruh aku study je. dengan berita yang mengatakan facebook nak tutup lagi. pendapat aku sendiri, eloklah tutup boleh aku study sem ni. kalau ada pun aku ni asyik deactive account je. HAHA. tapi kalau pikir kat facebook aku jumpa kawan-kawan lama aku pastu aku jumpa mr. raksasa kat situ jugak. hurm.. sedih pulak rasa nak tutup.

awal-awal ni memang sangat banyak guna duit. nak beli buku tu lah buku ni lah. printer aku rosaklah. pastu ada yang nak pinjam printer lah. hish! macam mana lah nak pinjam printer rosak tu. kalau tak rosak dah lama aku guna untuk print nota dan fotostat nota-nota yang lecturer suruh. ok lah, aku nak pergi mandi. pagi ni ada kelas. opps! ada lab lecturer suruh pakai labcoat putih siap-siap macam ada lab. lepas tu ada lab lagi then ada tutorial takde gap langsung tiga-tiga subjek ni hari ni. nasib baik petangnya takde kelas dah. boleh balik terus. ok, bebel lagi. 

weekend nak balik. bukan sebab homesick neehh..
aku ada kelas memandu malas nak tangguh-tangguh lama sangat
nanti tak ingatlah apa lah. huhu


12 virus attack:

Mknace berkata...

:) :) :)
terbaeekkk!!!!

Jengjalan dari <a href="http://mknaceunlimited.blogspot.com>mknace unlimited</a>

joegrimjow berkata...

klu xleh online sehari
dunia cam nak kiamat dah!

Nazz@Purple berkata...

ala biasa la..kdg2 memang ilang mood nak online..

cik zaza berkata...

@Mknace apakah?haha

cik zaza berkata...

@joegrimjow dasyat gile ko smpai cmtu skali..haha

cik zaza berkata...

@Nazz@Purple a'ah kot..

|| amira || berkata...

sekarang ni tengah kebuntuan idea nak menulis..
hahaha

cik zaza berkata...

@|| amira || hehe..biasa lah blogger tak sntiasa ada idea..huhu

ferra berkata...

buat2 lah ader idea

cik zaza berkata...

@ferra buat2 ada idea la ni..

Qu azniza ;) berkata...

betol tu. on9 da makin bosan
nasib ada blog heheh

cik zaza berkata...

@Qu azniza ;) kan? blog la peneman ketika online..hehe