hadiah birthday tahun ni, nasi lemak lima posen dan satu ciuman.. hehe

Salam..
pagi-pagi lagi kakak aku dah kejutkan aku ajak temankan dia hantar mak aku pergi sekolah. ok, aku bangun sendiri sebab nak ucap selamat jalan untuk ayah aku yang ingin ke indonesia pagi ini kerana ada majlis apa entah berkaitan dengan kerja. tapi bagun bangun je ayah aku dah pergi. sedih jugak sebab dia tak sempat nak ucap 'selamat hari jadi' kepadaku. mak aku cikgu tadika tapi agak jauh dari rumah sebab tak boleh nak jalan kaki ke sekolah tadika tersebut.

selepas menghantar mak aku, kakak aku ajak aku pergi beli nasi lemak. belanja sempena hari jadi katanya. adeh! bagi le mahal sikit kok ye pun. takpe lah, telankan aje apa yang dia bagi tu. asalkan dia ingat hari jadiku walaupun bukan orang pertama yang mengucapnya. masa nak beli nasi lemak, kakak aku dok pilih-pilih kuih muih yang ada terjual di gerai berdekatan dengan rumah aku. ada pulak sorang makcik ni, dengan kereknya berkata,

"tepi sikit,"

bak kata kakak aku,

"eh, tak nampak ke orang tengah nak ambik kuih ni kok ye pun kebulur elok-eloklah cakap,"

tapi suara kakak aku hanya kedengaran setelah masuk kereta. memang dia jenis macam tu, belakang orang je pum pang pum pang cakap macam-macam. depan orang yang dia tak puas hati memang baik gile babun. HAHA. geram jugak kadang-kadang dengan kakak aku ni. sebab kemarahan dia dok cerita tak puas hati dengan orang sekian sekian buat aku pun ikut sekali marah. tapi depan orang tu, hamek kau! macam kucing jinak. bukan main baik lagi. adoyai!.. jangan jadi hipokrit lah kakakku.

sampai rumah abang aku masih belum pergi kerja. tengah siap-siap nak pakai bedak, pakai deodorant lagi, perfume. pergh! abang aku memang sangat menjaga penampilannya di luar. jatuh market kalau masyam-masyam ni bak kata dia lah. HAHA. dalam kekalutan dia nak pergi kerja ni tiba-tiba dengar suara sumbang kakak aku cakap kat dia masa tu aku kat bilik menghadap lappy,

"hari ni birthday dak aja,"

abang aku terus panggil aku. baru nak pergi kat dia ni tiba-tiba dah masuk bilik. 

"hari ni birthday kau eh?"

sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. aku salam le cium tangan dia. tiba-tiba hinggap satu ciuman kat dahi aku. terharu aku dapat ciuman tu. sebab selama aku kenal abang aku dia takkan cium adik-adik dia. terasa sangat hepi walaupun dia tak bagi aku hadiah tapi aku tahu dia sayangkan aku. huwaa!.. tachink..

kalau ikutkan tak lahir lagi ni. mungkin mak aku tengah bersakit-sakitan dalam wad ketika ini sementara menunggu masa untuk melahirkan aku. hehe. maghrib karang baru umur aku genap 21 tahun. ok aku cakap sekali je. HAHA. takdelah tua sangat seperti yang digembar-gemburkan. 

kaklong jangan marah ye
aja memang suka cakap pasal kaklong
HAHA

Ulasan

Unknown berkata…
happy birthday semoga tahun ni lebih baik dr tahun lepas :) nak hadiah!! Hehe
niesh™ berkata…
happy birthday :)
Black berkata…
wah , bestnye...
huhu~
jeles-jeles .
Zazachan berkata…
@KyLe erk?pehal lak.. aku le patut dpt hadiah..huhu
Zazachan berkata…
@|| amira || cik mirah jeleskn apa?ciuman atau nasi lemak?huhu
Bulan Purnama berkata…
nasi lemak? hah hah hah.. demn

hepy besday.. :)
hans berkata…
kalau ku jadi ko pun aku terharu bla abang atau kakak cium owh

P/S : Bersama Hans di Restoran Keluarga Anda - Yankies Hut
Zazachan berkata…
@hans tau xpe..susah kot nk dpt ciuman diorg..huhu
Botak berkata…
epy besday..
semoge lebih kelihatn tue kelak..
mehehehehe..

tak best langsung hadiah..
hahahahaha...
Zazachan berkata…
@Botak mendoakan aku kelihatan tua?huhu..fine..
ok la tu dpt ciuman dr tak dpt lgsung..lala
starsyeea berkata…
uwaaaa...suwitnyeeee...pinjam abang ko boleh???

happy birthday yang! :)
Zazachan berkata…
@starsyeea ceitt!..pinjam abg aku buat pe..baik pnjam aku je..haha..
tq darl.. x)
AzrulNizam berkata…
semoga pnjg umur.. wink.wink
Zazachan berkata…
@TuN-eJaM tq ejam.. x) nk hadiah!.. *ttbe
saya_arief berkata…
nak adiah mahal ke murah?
Zazachan berkata…
@saya_arief eh? nak bagi hadiah ke?huhu

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?