gransazer, zaza dan jajabin'..mana datang nama tu daaa?

Salam..
tak sangka betul aku sejak aku berkecimpung dalam dunia blogging ni aku ada banyak juga nama samaran atau nama glamer. ehem.. glamer ke? takde lah banyak pun sebab ada lah dalam tiga nama yang tersenarai di atas. di sini aku saje-saje nak cerita sikit mana datang nama-nama pelik yang semestinya jauh sama sekali dengan nama asal aku yang cantik itu. Nur Azza.

GRANSAZER
asalnya dari sepupu kesayangan aku yang sangat suka menonton cerita superhero jepun iaitu gransazer. masa kemunculan cerita ni kat TV aku selalu lepak kat rumah sepupu aku ni. so, secara tak langsung aku pun join sekalilah dia tengok cerita tu. nama pun budak-budak yang baru berumur 3 tahun. setiap pergerakan yang nampak cool dalam cerita tu semua dia ikutnya. contohnya ketika gransazer ingin bertukar dari seorang manusia menjadi superhero ataupun gransazer.

aksi gransazer sebelum bertukar. (ihsan google imej)

 inilah dia budak yang bagi idea nama gransazer. hehe
 

aku google tadi tengok ada gambar-gambar dari blog ni. feymes jugak aku dengan nama GRANSAZER. lagipun blog ni agak lama jugak menggunakan nama gransazer, kalau takde gransazer mr. raksasa aku tu pun takde aku nak gelar dia macam tu. hamek kau sampai sekarang melekat. HAHA. sebelum ni pun kalau aku blogwalking aku suka letak nama Gransazer. kat widget exchange link sampai sekarang nama Gransazer digunapakai.

ZAZA
nama ni berasal dari seorang kawan. masa tu aku baru lagi masuk micet. minggu orientasi pulak tu. alah, nama pun minggu orientasi mestilah ada kumpulan LDK kan. ada lah member dalam LDK aku tu, masa tu agak rapatlah sebab kitorang sama course. dia salah dengar nama aku ke ataupun dia memang saje nak panggil aku zaza. tapi yang penting dia orang pertama yang panggil aku dengan nama zaza. lepas tu barulah aku letak nama zaza tu kat facebook sebab nak tiru jijie punya pasal letak nama azy bohr kat facebook aku pun nak jugak. tu yang aku letak zaza bohr. baru nampak macam family. hehe. dan dengan nama ni jugak raksasa aku terpikat dengan aku. auww~

JAJABIN'
ok, ni baru lagi aku gunapakai. dan nama ni ada kat facebook je. dah taktahu nak letak nama apa. letak zaza bohr macam lame je. so aku ambik nama yang abang aku dok kenalkan aku dekat kawan-kawan dia. biasalah abang aku dengki sikit dengan aku. HAHA. korang tahu tak mana abang aku dapat nama pelik ni? ejaan sebenar JAJABINK ke JAR JAR BINK aku pun kurang pasti. 

inilah dia makhluk yang aku gunapakai nama dia. HAHA. (ihsan google imej)

tak kisahlah aku guna nama apapun. yang penting aku tetap aku. aku bukan guna nama-nama ni untuk jadi orang lain pun. orang kata saje suka-suka. lagipun aku masih bangga dan bersyukur dengan nama yang parents aku bagi kat aku dengan makna yang baik. apa maksud nama sebenar aku? kalau anda rajin silalah cari sendiri. hihi..

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
comel jajabink yg sebenar..hehe..
Zazachan berkata…
@Tanpa Nama yela, jajabin' tipu tak comel.huhu

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?