new bloglist
new home new bloglist new bloglist

03 Januari, 2011

Home » » entri mengumpat ke entri fitnah ni?

entri mengumpat ke entri fitnah ni?

Salam..
aku baru saja membaca entri tahun baru di blog UnikL blogger. katanya blogger harusnya mengubah penulisan kepada yang lebih baik. apa maksudnya? macam ni, kalau kita lihat mesti ada saja blogger yang membuat entri umpatan sebab tak suka orang tu, sakit hati dengan orang ni, atau apa-apa saja entri khas yang di-update semata-mata nak bagi targeted person tu terasa. kalau diorang tak terasa macam mana? HAHA

yelah, mana tahu apa yang dia tahu sebenarnya bukan cerita sebenar. manusia kan ada yang suka membuat mitos bagi menyedapkan lagi cerita asal. nak bagi rasa yang sedap letak perencah itu, perencah ini. goreng bagi orang percaya. tapi sebenarnya apa yang mereka dengar adalah fitnah semata-mata. kadang-kadang benda yang macam ni orang yang takde kaitan yang dok goreng. takpun orang yang tahu cerita sebenar tapi taknak mengaku salah. yelah, ikut cerita asal dia yang salah. kalau dia cerita yang betul nanti kawan dia hentam dia balik tu yang putar belit bagi sedap tu. nak bagitahu dialah orang yang teraniaya.

yang mendengar pulak ditambah dengan rasa kebencian, simpati kat orang yang cerita tu kononnya, lepas tu diapi-apikan lagi. pergh! memang dialah yang marah lebih-lebih, naik angin dan sebagainya. demi menolong kawan dia buat entri khas tak puas hati kat orang yang 'menganiaya' kawan dia tu. tu yang jadi entri umpatan atau lebih kepada entri fitnah.

aku pun kadang-kadang kalau geram sangat ada jugak buat entri-entri macam tu. opps! tapi bukan entri fitnah ye. aku buat entri yang berkaitan dengan aku je. dengan bukti ok. tapi memang betullah kata admin UnikL blogger tu. kita tak sepatutnya buat entri macam tu. menambahkan dosa je mengumpat bagitahu kat orang lain pasal keburukan orang. eh, tapi kalau korang taktahu sape yang aku kata tu bukan mengumpat kan? 

mesti korang fikir, blog dah le hitam. buat dosa mengumpat lagi bertambah hitam dan gelaplah blog ni. so, aku nak tambah lagi satu azam tahun ni. taknak dah buat entri mengumpat lagi. biarlah aku sakit hati macam nak meletup pun. lebih baik berkias dari cakap terus kan. takde lah orang tahu apa yang aku dok rasa. nak tachink pun biar sorang-sorang. rasa taktahan sangat aku amuklah kat tuan punya badan. HAHA.

sebenarnya pada asalnya memang nak buat entri luahan perasaan tapi tak jadi sebab blog UnikL blogger tu. menahan aku dari melakukan dosa. itulah salah satu kebaikan blogwalking. korang pun rajin-rajinlah ber-blogwalking nanti jadi macam aku. dah takde buat entri umpat-mengumpat ni. bagi pelajar UnikL macam aku dan belum terjumpa, terserempak mahupun ternampak blog UnikL blogger anda bolehlah jadi salah seorang follower. promote kejap. 


6 virus attack:

✿....rossa alina....✿ berkata...

hai...dah lama xsinggah sini..ermm..yela..btol kate zaza tu..tp kan,kalo kite xluahkan,cmne erk?mau gilakkk dibuatnyerrr..huhuhu..

MARiZA berkata...

AGREE (:
agree dengan topik ni.

cik zaza berkata...

@✿....rossa alina....✿ kalo dah taktahan sgt kite serang orang yg bertanggungjwab..hehehe

cik zaza berkata...

@MARiZA tq.. ^^

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

salam
salam tahun baru
gua baca saja ..tak kesah mengupat ke fitnah

cik zaza berkata...

@b.r.u.t.a.l.s.o.l.o wslm.. salam thn baru juga..bgusnya anda msti xmasuk cmpur hal org.. =)