new bloglist
new home new bloglist new bloglist

04 Januari, 2011

Home » , , » betul ke perempuan ni gelojoh?

betul ke perempuan ni gelojoh?

Salam..
alkisahnya aku nak bercerita mengenai perempuan. mungkinkah ini entri mengutuk si gadis-gadis? korang baca korang akan dapat menilainya. kisah bermula bila sepasang kekasih yang berjanji sehidup semati. ehem.. jiwang le pulak aku rasa. ok, yang lelaki aku namakan ali dan yang perempuan pula latipah.

pada suatu hari ali memberitahu hasratnya untuk mengahwini latipah. tipah apa lagi senyum menyingai sampai ke telinga lah bila dengar berita yang menggembirakannya itu. kembang setaman hati dia. 

'akhirnya aku temui juga orang yang betul-betul serius dengan aku,'

TAPI....
lepas kata-kata dan hasrat itu diluahkan ali dah makin jarang kontek tipah. ali cakap dia agak busy dengan kerja. pada mulanya tipah berfikiran positif,

'dia kerja keras sebab nak kawen dengan aku kot,'

oppss! positive thoughts itu masa tu je lah. tak sampai berapa hari tipah mula rasa tak selesa. dia rasa macam tak dapat layanan yang sepatutnya oleh ali. nak bagi layanan macam mana pulak kalau jarak pun jauh. nak jumpa selalu pun susah. nak dijadikan cerita tipah makin bosan dengan ali yang langsung tak ambik kisah pasal dia. dan sampai masanya untuk tipah menyerang ali. oh, bukan serang dengan bom rumah ali ke apa. serang sopan-sopan sms je. 

"macam dah takde makna je saya panggil awak pakwe saya,"

ali terkejut dengan kata-kata itu. hanya kerana ali tak kontek tipah, tipah dah keluarkan kata-kata macam tu. ali mula tawar hati dengan tipah lalu mengeluarkan ayat-ayat minta simpati dan tachink.

"saya buat semua ni untuk awak jugak tapi kalau awak dah cakap macam tu nampak sangat yang awak dah tak percayakan saya dan jelas membuktikan awak memang tak paham saya,"

hubungan mereka sampai di situ saje. janji tinggal janji. yang sorang tak tahan menunggu dan tak dilayan yang sorang lagi pulak tawar hati dengan kata-kata pasangannya tu.

adakah situasi ini berlaku disebabkan perempuan ni gelojoh tak boleh tunggu? ada situasi yang aku katakan perempuan memang agak gelojoh sikit. contohnya macam situasi kat atas ni lah. tipah boleh je tanya baik-baik tak payah terus nak tachink bagai. dan tipah kena sabar, faham dan percayakan ali selagi termampu yang penting tak payah dengar cakap orang sekeliling. yang kapel tu kau bukan kawan-kawan kau. diorang hanya memberi pendapat. yang kau rasa elok ambik lah tapi kalau rasa pendapat diorang menjahanamkan hubungan kau dengan ali tu tak payah lah ambik. yang itu kau pikir sendiri dan nilai sendiri melalui sejauh mana kau kenal si ali tu. kawan-kawan kau tak kenal ali tu. *cehh! aku ni bercakap mengalahkan tipah tu ada depan mata. tipah pun aku taktahu sape. HAHA

TAPI...
ada juga situasi yang kita tak boleh nak kata perempuan ni gelojoh ke apa. kadang-kadang tu ada perempuan yang takkan serang balak depa kalau tak nampak bukti depan mata. contohnya, tipah nampak dengan mata kepalanya sendiri ali keluar bermesra-mesraan dengan perempuan lain, joyah contohnya. dalam hati kata,


'dah sah! ni lah sebab dia tak kontek aku,'

seranglah kalau berani. tapi kena juga siasat lebih lanjut. mana tahu joyah tu sebenarnya anak buah ali ke, makcik ali ke, mak ali ke, takpun nenek ali yang masih nampak muda dan cun. haaa! tak pasal-pasal dah kena reject awal-awal jadi menantu. menyesal kau.

apa-apapun dalam membuat keputusan ni kita kena fikir berkali-kali jugak. jangan terus serang aje. kalau dah silap tak ke malu sendiri nanti? sabarlah selagi boleh sabar. sabar itukan sebahagian daripada iman.


cerita di atas hanya rekaan semata-mata,
takde kaitan pun dengan sesiapa 
yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia..

10 virus attack:

Botak berkata...

ade orang kate., kalo laki tu tepon makne nye die rindukan awek die, tapi kalo tak tepon pasal nak bagi awek die rindu kat die..
orang yg kate, bukan aku yang kate..
muehehehehehe... :D

::..wAwA aPpLe..:: berkata...

heheheh
aza!
bt0l la...
p0mpuan slalu kurg sabar.
-wan0t-

cik zaza berkata...

@Botak ko xnk ngaku yg ko yg slalu prktikkn bnde tu kn? hehe

cik zaza berkata...

@::..wAwA aPpLe..:: kan?huhu...

jijie berkata...

kalau ko nak persoalkan hal busy, pe kata ko baca entri ni

http://kopitiamted.blogspot.com/2011/01/communication-and-appreciation.html

ada betulnya

cik zaza berkata...

@jijie ang terasa ka? xD

baincardin berkata...

pompuan kan 9 nafsu 1 akal...mmg gojoh. heheh ^_^'

*saper kata shoot gambar kt kawasan kilang tak best? jom layan...

cik zaza berkata...

@baincardin hehe..yela kot

Awan Putih berkata...

awt citer ni lebey kurang dgn situasi aku nie? Musykil3.....

cik zaza berkata...

@Awan Putih erk..tp entri ni sblm tragedi tu berlaku la..huhu..