berubah kerana cinta?

Salam..
cinta boleh buat kita jadi orang lain

kadang-kadang aku setuju dengan ayat kat atas ni. cinta boleh buat kita jadi orang lain. mungkin sebab nak berjaya dalam cinta kita try jadi sangat caring walaupun pada asalnya kita tak pernah  nak ambik tahu pun pasal orang lain. aku lah terutamanya. betul, aku ni kadang-kadang teruk jugak selfish tapi sebab orang yang aku sayang aku boleh jadi caring pulak. 

bagusnya kalau jadi yang lebih baik. tapi ada orang kata kalau berubah sebab orang lain atau bukan dari keikhlasan hati tak guna. betul ke? bagi aku mungkin perubahan macam tu adalah satu permulaan seseorang untuk berubah. atau dalam bahasa sains macam catalyst lah. lama kelamaan baru timbul hidayah untuk berubah kerana Allah. pendapat aku lah.

apesal lah pulak aku cakap pasal cinta dan perubahan ni? saja-saja je. HAHA. idea datang dari seorang kawan. semoga beliau mendapat ketenangan selepas berlaku sesuatu yang mengejutkan semalam. insyaAllah. aku akan doakan untuk kau, sahabatku. 

aku baru lepas tengok AKU MASIH DARA
insaf tengok cerita tu

Ulasan

miCoS!! berkata…
sape za???
knape ngn kwn ko???
monica berkata…
saya setuju dgn tajuk awak..saya pon pernah berubah kerana cinta tapi itu suata ketika dulu..saya bersyukur kerana org yg membuat saya berubah adalah lelaki yang baik..& semoga dia berbahagia dgn kehidupan dia skg.. :)
Zazachan berkata…
@monica jadi skrg awk betul2 berubah ke?
Unknown berkata…
saya berubah kerana cinta...berubah menjadi lebih baik selepas terputusnya ikatan cinta.Lebih baik tak semestinya Baik....
Zazachan berkata…
@Cik Jari lebih baik tak semestinya baik?apa mksud awk?
Wan Gerrard berkata…
yup..kalau lebih baik dr dulu bagus la ^_^
Zazachan berkata…
@Wan Gerrard smoga kite sma2 berubah kpd yg lebih baik..x)
Mr. Asada berkata…
tidak menjadi satu masalah sekiranya berubah ke arah kebaikan kerana cinta. semestinya kita mahukan yang terbaik untuk orang yang kita sayang.

apa yang menakutkan adalah berubah menjadi lebih buruk kerana cinta. bahaya tuh..

apa pun, cinta demi mencari keredhaan Allah SWT, insyaAllah akan membawa kebahagiaan. :)

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?