new bloglist
new home new bloglist new bloglist

09 Januari, 2011

Home » » bertudung tapi pakai leggings? samalah jugak bertudung tapi tak pakai seluar..

bertudung tapi pakai leggings? samalah jugak bertudung tapi tak pakai seluar..

Salam...
dalam banyak-banyak isu, aku rasa isu bertudung agak sensitif bagi wanita. kenapa? bila bertudung menjadi satu trend mengikut peredaran masa. memang betul bagus bertudung litup. tapi kalau tutup di kepala saja yang bawah macam tak pakai baju baik tak payah. apa yang aku maksudkan di sini bila perempuan bertudung tapi masih tak menjaga pemakaian mereka seperti memakai baju ketat nampak bonggol-bonggol pastu pakai leggings?

"dah tutup lah tu tak nampak skin,"

kalau dah nampak bentuk badan dari atas sampai ke bawah tu bukan menutup aurat namanya. orang masih boleh tahu bentuk badan korang walaupun korang tak bogel. dan bukankah pemakaian macam tu menaikkan ghairah lelaki? kira tak tutup sepenuhnya lah kan?

aku nak cakap lebih-lebih jap lagi ada yang dok serang kata aku pun lebih kurang sama je. memang ye, aku mengaku aku lebih kurang je pakai baju kecik. HAHA. aku pakai baju saiz S weyh kadang-kadang tu XS. kecik kan? tapi selama aku hidup yang dah masuk 20+ tahun ni aku tak pernah lagi berniat nak cuba-cuba pakai leggings mahupun skinny. jeans aku pun dah kecik. er.. nak kata ketat tu taklah kot. nak buat macam mana pinggang aku pun 25 tu pun masih kena pakai belt. HAHA.
"saya pakai tudung dan leggings, saya ok,"
jangan nanti satu hari nanti korang juga akan cakap macam ni kat khalayak ramai. memang sah korang lebih kurang sama je dengan insan yang berkata perkataan,"saya gay, saya ok," dah sama cuma situasi yang berlainan. aku tengok korang duk kutuk kata beliau ni tak reti-reti nak paham ke siap boleh uar-uarkan ke-gay-annya di kaca TV. cehh! cakap orang je lebih tapi hakikatnya korang sama je dengan dia takde beza. 

aku taknak cakap sape-sape pun kat sini. aku tahu aku tak sebaik mana nak buat entri macam ni. nanti mesti ada yang cakap sebelum nak berdakwah cermin diri tu dulu. sape pulak kata ni entri dakwah der.. kalau nak tegur pun tak boleh kiranya kat atas mukabumi ni memang takde sape yang layak tegur orang kalau harap penampilan macam ustaz dan ustazah baru boleh tegur menegur ni.

ini bukan entri sambungan dari entri yang sedang
menjadi famous di kalangan blogger
tapi ini entri dari pandangan aku
tegur menegur amalan mulia.cewahh!
walaupun cara teguran lebih kepada kutukan
maaf bagi yang terasa..

0 virus attack: