belajar keta pun nak cerita ke? apa daaa....

Salam..
hari ni hari sabtu. hari sabtu adalah hari cuti umum. aku yakin korang tahu dan ada yang dok menunggu hari sabtu pulak tu. tapi ada jugak yang kerja pada hari ni, bukan? dan hari ni jugak aku ada kelas belajar kereta untuk kali pertama selepas bengkel. 


pergh! first time. HAHA. selalunya orang dah pergi kerja atau ayah aku nak pergi kerja baru aku bangun nak bagi bubu dan miyu makan. bangun aje aku terus kejutkan mak aku baru aku mandi. subuh masa tu. alarm handphone mak aku terpekik terlolong sebelah mak aku pun dia tak dengar. aku je yang asyik terjaga ditambah pula kesejukan yang membuat aku berkali-kali terbangun dari pukul 4 pagi semata-mata nak mencari selimut membaluti tubuhku. pergh! tak jumpa! ok, tahan dulu kejap je nak kena tido balik ni. tak berjaya! sebab 30 minit selepas itu aku terjaga semula. huish! aku ni dah lah tak boleh kena sejuk, kejap lagi mulalah kejang satu badan. bangunlah balik cari selimut. entah kain apa aku rembat untuk membaluti tubuhku yang kesejukan. ahh! asalkan aku tak sejuk. tapi kejap saja keselesaan itu. terjaga juga kerana alarm mak aku yang memekakkan telinga. tepat pukul 6 baru alarm aku berbunyi. aduhh! baru nak lena.


terasa liat nak bangun pagi tadi. tapi kalau aku tak pergi bila lagi aku nak belajar untuk menghabiskan 8 jam masa berlajar kan? terpaksa jugaklah aku bangun dengan malasnya. iyaarrkk!.. nak aje aku mengeliat supaya urat-uratku tegang takde lah mengantuk sangat. tapi hakikatnya masih mengantuk. aku orang yang pertama bangun dalam rumah tu. dan juga aku orang pertama yang siap selain mak aku. HAHA. selalu aku orang yang lambat. 


hari ni belajar parking je. keluar parking masuk parking. pusing stereng kanan habis, kiri 2 kali, dan sebagainya. stereng kalau senang nak pusing takpe jugak. nak pusing pun terkial-kial. aku rasa lepas dapat lesen memang besar lengan aku nanti. HAHA. nak parking pun dah berpeluh-peluh. aduh! penat betul. lepas turn aku, mak aku pulak. disebabkan mak aku terlupa nak bawa cermin mata aku terpaksalah duduk sebelah dia dan bacakan note yang cikgu bagi supaya mak aku tak silap sebab cikgu aku dah penat. wahh! dah macam aku pulak yang mengajar masa tu. HAHA. 


kami balik agak lewat sebab menunggu cikgu ajar student dia yang lain. ada yang belajar jalan raya hari ni. terpaksalah tunggu, duduk bawah pokok dengan perut yang lapar. 




inilah akibatnya kalau dah terlalu bosan menunggu. nasib baik aku tak ambik gambar doktor yang nyaris-nyaris nak langgar kami tadi. terkejut mak nak! HAHA. mak aku pulak time bosan boleh main handphone macam dah pelik dah ni. mungkin beliau dah terlalu rindu kat ayah aku yang belum pulang dari bandung.


sepatutnya petang atau malam ni aku nak balik a'famosa sebab aku nak kemas rumah sewa kami. mungkin nak alihkan beberapa perabot dan letak ke tempat asal. bukan apa, kami tinggal lagi setahun lebih je dok rumah tu mengikut agreement sebaiknya perabot-perabot rumah tu berada di tempat asal. nanti nak keluar tak payah lah kami bersusah payah nak alihkan nanti kan? dah lah semuanya perempuan. nak angkat katil hari tu pun macam nak terkeluar taik hijau. HAHA. tapi tak jadi pulak. aku terpaksa balik esok sebab ayah aku tak balik lagi. janji nak balik hari ni sebab nak hantar aku tapi dia cakap kat mak aku dia balik ahad. aduhai.. takpelah. esok pun esok lah.


rasanya tadi aku dapat tag dari seseorang
tapi dari sape ek,
kena blogwalking balik satu persatu ni
aduh.. kenapa dia tak bagitahu kat
shoutbox ke apa ke.. huhu

Ulasan

hans berkata…
hohoho
best beb awal2 belajar kereta
rasa lawak jer

P/S : Saya Akan Merindui Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah
rafie berkata…
wah. dh boleh jadi cikgu sekolah nie.
cikgu sekolah memandu. haha. =)
kucokelat berkata…
semoga cpt2 dpt lesen nggee~
Tanpa Nama berkata…
belajo kete betul2...jgn jd cm aku...fail.... mggu ni dlm proses nk renew memory aku n then retest...huhuhu
-ckg prog-
mne hang tau hang ditag,azza??
shaerin syazwan berkata…
hehe . saya pernah mengalami situasi yang sama . padahal kancil je . tapi stereng macam lori berat je . HAHA !

ALL THE BEST !
Zazachan berkata…
@Tanpa Nama wahh..gud luck ye ckgu..nati boleh bw aku jln2 dgn keta..hihi
Zazachan berkata…
@...cHoMeL iTu AkU... td aku blogwalking ada entri member aku psl tag n ada nama 'cik zaza' but without link..so aku tak sure dia tag sape..huhu
Zazachan berkata…
@rafie haha.. br nk blaja dah naik jd ckgu ek? mmg jahanam student aku nati..huhu
Zazachan berkata…
@hansagak la..dgn enjin mati la apa la..huhu.. tu tak msuk keta gerak ke blkg masa naik bukit..gerun aku..aku tak blaja bukit lg tu..huhu
Zazachan berkata…
@shaerin tau xpe..berat gile..huhu..tq ye.. x)
Burungman berkata…
teringat pengalaman pertama pandu keta :)
Zazachan berkata…
@Nordin huhu.. kalo sy mmg xpenah lgsung pgg stereng sblm ni..so, kalo enjin terbehenti tu mcm biasalah kn..hehe
Wan Gerrard berkata…
good luck ye, nanti dh ad lesen senang =P
SyahmiFikri berkata…
bagus la belajar keta..

jgn dah dapat lesen takot drive plakk..

tuh pon susah jugakk.. hehehe
Zazachan berkata…
@SyahmiFikri mcm bkl2 jd cmtu je..huhu

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?