new bloglist
new home new bloglist new bloglist

07 Januari, 2011

Home » , » aku dipanggil dewasa. erk? macam pelik je..

aku dipanggil dewasa. erk? macam pelik je..

Salam..
tak silap aku takde lah awal aku tido semalam tapi hairan sungguh bila dapat bangun agak pagi macam ni. dah macam aku pulak yang nak pergi kerja. diorang yang nak pergi kerja takde pulak nak sibuk-sibuk nak bangun pepagi buta. 


birthday aku dah habis untuk tahun ni. alaaa... tak puas lagi. HAHA. tapi aku rasa birthday tahun ni adalah the best birthday ever. terasa ramai yang sayang kat aku. semalam kakak aku keluar entah ke mana yang peliknya aku tak ikut. HAHA. bukan nak menyibuk tapi memang selalu dia akan ajak aku. takpelah sabar je lah. dia mesti ada hal penting taknak ajak aku tu. balik je dah dekat pukul 10 masa tu aku tak makan lagi sebab belum ada selera. cehh!.. padahal mak aku dah ajak makan berkali-kali dah. dari luar kakak aku dok teriak panggil aku,


"ja! angkat barang kau ni!"


barang? bila masa aku pesan? ke aku ada pesan aku tak ingat? berlari-lari anak aku menuju keluar tengok apa kecoh-kecoh kakak aku ni. aku datang kat dia, dia bagi aku satu beg kertas McDonald. HAHA. boleh terlupa pulak aku aku ada pesan kat dia belikan prosperity burger. aku main-main je pun tak sangka dia beli betul-betul. patutlah rasa macam taknak makan je rupanya ada benda lain yang dapat makan. suka aku. hihi.


dah masuk umur peringkat dewasa barulah terasa aku disayangi. eh, sebelum ni bukan tak rasa tapi tahun ni paling terasa kot. dengan kawan-kawan, ciuman abang kesayangan. tapi sedihnya orang yang tak pernah miss wish birthday aku setiap tahun takde pulak depan aku. adik dan ayah aku. kalau dengan diorang pun mesti aku dapat ciuman jugak. yang adik aku tu tak payah ceritalah. bukan birthday pun dapat ciuman gedik dari dia. HAHA.


semoga perjalanan ayah aku ke Malaysia selamat begitu juga adik aku. semoga dia selamat berada di tempat orang. korang rasa, apa perubahan yang ketara bila meningkat umur peringkat dewasa ni? selain tak dipanggil remaja lagi? huhu.


yang pasti, jelas dan nyata
peringkat umur dewasa buat aku kelihatan tua
walaupun pada hakikatnya atau fizikalnya aku nampak muda
macam budak umur 15 tahun. 
hehe

8 virus attack:

Botak berkata...

yang pasti, dari mude berubah kepada tua bangka..

muke makin berkedut, tidak seperti anita serawak..

pemikiran jd lebih matang, bukan nyer cam kanak² terencat..

mehehehehehe...

CiK QiQi berkata...

hehehe..kalo qiqi la....ntah...rse cm len lak...still xanggap dr ni dewase lg...sbb prangai qiqi still cm rmaja.ish3333...pe la qiqi ni..hehehe

cik zaza berkata...

@Botak haha..ko nak kata aku mcm tu ke apa?

cik zaza berkata...

@CiK QiQi kan?aza pn xrasa mcm dah dewasa..hehe

Ery Farieha berkata...

macam aku gak lah.
umur dah 20an dah.
tp kalo tgk bdn, macam budak sekolah sangat =.="

cik zaza berkata...

@Ery Farieha pastu mesti ada yg tak caye ko dah dewasa..kan?huhu

sakina sakura berkata...

ayh ngn adek ko g mne hah??hahaha..kua topik sat..

cik zaza berkata...

@sakina sakura ayah aku gi indonesia, adik aku balik KL la dia nk setelkn psl nk masuk u balik ni..huhu