aku berada di tempat pembiakan tikus sebentar tadi...

Salam..
aku sekarang berada di rumah sewa yang tercinta sampai nak tinggalkan pun rasa tak sampai hati. HAHA. aku keluar dari rumah pukul 10 semata-mata nak menghantar budak kecik ke melaka sentral. dia kan orang KL so nak kena balik KL lah gamaknya dah esok adalah hari pertama kelas kan.

lepas hantar adik aku, aku membodek mak aku belikan barang-barang dapur sebab kami yang serumah ni nak saving duit nak masak kat rumah nanti. aku pun nak saving duit sebab tu bodek mak aku. HAHA. kitorang beli kat pasar pekan alor gajah je. banyaklah jugak beli tadi sampai dok kena perli dengan orang kat pasar tu. yelah, untuk rumah sewa dan juga rumah mak aku lagi mana tak banyak. 

lebih kurang pukul 1 lebih aku sampai kat rumah sewa, sebelum tu ada lah lunch kat warung on the way ke a'famosa. ok, sampai rumah sewa first yang keluar dari mulut,

"bapak ahh! macam sarang tikus!"

aku tengok mak dan ayah aku pun terbeliak bijik mata tengok rumah yang bersepah ni. pergh! rasanya kami tak tinggalkan rumah ni kosong selama cuti lebih kurang 2 bulan ni. 'housemate' kami ada je yang masih tinggal sini dan semestinya balik awal kan. memang terbaek lah tinggalkan rumah macam ni. dengan peti ais yang dah berbau longkang ni. 

aku pujuk mak dan ayah aku cuci peti ais sebab nak masukkan barang-barang yang baru beli tadi. kitorang buat sama-sama sampai bersih peti ais yang berbau tadi. hilang semua bau. lama jugak mak dan ayah aku lepak kat rumah sewa aku tadi. kebetulan memang aku sorang je, housemate lain tak balik lagi. 

bila mak dan ayah aku balik je aku pun bekerja keras mengemas rumah ni. lepas sapu mop pulak. buat sorang-sorang dari dapur sampai ke ruang tamu. sampai sakit pinggang aku ni hah. adeh! siap semua dikemas aku kunci pintu depan, buka kipas sebab nak keringkan lantai pastu terus masuk bilik dengan kipas yang dibuka laju. best gile. kononnya nak lelap kejap sebab dah letih sangat tiba-tiba alarm aku bunyi. bila masa entah aku kunci jam. tutupkan kejap. lepas tu lelap balik, baru nak lena bunyi handphone pulak mak aku call bagitahu dia dah sampai rumah dan ada lah dia cerita apa lagi. lepas tu lelap balik. tiba-tiba,

"ting tong!"

ahh!! sape yang bunyikan loceng ni? terpaksalah bangun dengan malasnya buka pintu. rupanya rumet aku sorang ni dah balik. kalau dia dah balik kompem aku tak boleh tido dok berbual je dari tadi sampai ke petang. dan aku rasa malam nanti mesti aku tido nyenyak. lupa nak bagitahu ada cerita sedih untuk korang. aku tak dapat nak blogwalking sebab kondisi internet yang sangat low di sini. maaf ye kawan-kawan.

susahkan kalau orang dah set mind 
benci kat seseorang tiba-tiba nak suka orang tu balik
tapi kalau benci sangat tu benci je lah tak payah dok
fitnah macam-macam.
manusia..manusia..

Ulasan

shaerin syazwan berkata…
pengajaran : sila2 lah bekerjasama . cian mak kite dok kemas .
ttbe sokong yg bawah tu, dah benci diam . xyah nak fitnah .
Zazachan berkata…
@shaerin ye, sy tak penah biarkn mak sy buat sorg2.. =)
tau xpe..benci org dah la, main jauh2 xpyh nk tambh dgn fitnah pulak..
FiqRie Skeleton berkata…
saya benci tikus !!!
Zazachan berkata…
@FiqRie Skeleton tak suka jugak!..huhu..kecuali guinea pig n hamster..hehe
Muhammad berkata…
tangkap je tikus tuh..buat pangang..haha XD
Zazachan berkata…
@Mfs kalau panggang sape nk makan?huhu
CiPoT CeDoT berkata…
best wat...baru ada feeling2 zoo sikit..hekhekhek....
Zazachan berkata…
@CiPoT CeDoT haha..agk la mcm zoo dah le safari world dekat je dgn rumah..hehe

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?