new bloglist
new home new bloglist new bloglist

22 Disember, 2010

Home » » sepupu yang banyak kerenah

sepupu yang banyak kerenah

Salam...
sudah hampir dua minggu aku tak tunjuk muka aku yang tak berapa nak comel ni kat rumah nenek aku. takde lah jauh pun rumah nenek kesayangan aku tu, sekangkang kera je walaupun aku tahu peribahasa aku ini macam tak kena tapi lebih kurang macam tu lah. dekat je kalau naik kereta adalah dalam 5 minit dah sampai. tapi jangan tunjuk terror lah nak jalan kaki pergi rumah nenek aku dari rumah aku ni, berjam-jam pun tak sampai. letih satu hal, sampai je rumah nenek aku nanti kompem dah tak larat nak berkata-kata dek dehydration. ( cehh!bajet jauh sangat..)

kalau dah sampai rumah nenek aku benda pertama yang aku buat mestilah jumpa nenek kesayangan aku tu (bodek nenek sat..) lepas tu rasa macam dah takde apa nak buat kat rumah nenek aku atau segala soal siasat sudah habis nenek aku tanyakan barulah aku pergi rumah belakang (rumah makcik aku..). kat rumah makcik aku tu bestnya sebab kat situ ada kucing dan ada sepupu-sepupu yang kalau dilayan rasa nak terburai isi perut dek ketawakan telatah mereka. tapi kadang-kadang tu sakit hati jugak.

makcik aku ni ada 3 orang anak, yang paling tua umur 16 tahun, amin. aku suka juga berbual-bual dengan dia kalau rasa nak berbual cara orang besar lah. pasal ehem-ehem dia ke, pasal uhuk-uhuk dia ke mahupun...ehh..banyak sangat lah pulak dia punya awek. yang tengah pulak, aku suka layan juga. sebab dia sorang je perempuan dalam adik beradik tu jadi kalau ada apa-apa kerja yang berkaitan dengan perempuan ni dia yang selalu teman aku dengan lagi sorang sepupu kami. umur dia dah 14,ika. setiap kali datang rumah nenek aku, aku mesti diraikan oleh beliau. agaknya dia bosan takde kawan. lagipun aku sorang je yang rajin layan kerenah dia. adik dia? tak payah mimpi, asyik nak bergaduh je. adik mereka ni umur baru 9 tahun, ilham tapi gatal dia. aisemen... sekejap rafeah lah, tipah lah, rogayah lah, senah lah. yang mana satu pun aku tak tahu. ni yang aku cerita apa yang terjadi tadi.

hot itu panas
aku datang je rumah makcik aku terus ambik port baik punya, sofa panjang yang takde orang duduk. best kalau nak lunjurkan kaki. haha.. tiba-tiba datang ika duduk sebelah aku. aduhh! tamat sudah nikmatku. tak kisah lah rumah dia lagipun. aku pun layankan aje apa yang dia cakap. adik aku duduk sebelah dia asyik nak meradang je setiap kali ika buka mulut. ayat yang biasa adik aku sebut untuk bagi dia diam,
"ika, tak penat ke mulut ko bercakap?"
aku diamkan aje. tiba-tiba ilham datang menyempil di antara aku dan ika.
"ish, tepi sikit ika,"
"hish! sibuk je lah. b****t dah lah besau!" ika marah sebab tak dapat duduk sebelah aku.
"dah lah jangan gaduh pasal aku, aku tahu la aku ni hot," dengan senyuman aku berkata. ilham terus bertanyakan kepadaku,
"hot tu apa aja?"
"panas," ringkas dan selamba habis aku jawab. adik aku dah tergelak terkehkeh kat sebelah ika. aduhh! aku salah cakap ke? hot tu bukan panas ke?
"kok ye pun tak payah lah direct translation! hahaha.." adik aku tak habis-habis gelakkan aku..

pinjam telepon bang, i nak call balak i kat russia
ilham ni tak habis-habis bagitahu aku dengan muka penuh excited tentang abangnya yang memiliki telefon mudah alih. yelah, handphone baru kot sebab tu lah dia excited. sebenarnya dia saje nak pancing abang dia bagi aku tengok handphone tu dan kemudian bagi kat dia. haha.. nak main game lah kononnya. abang dia tak pernah bagi dia pegang handphone tu.
"tengok handphone amin," adik aku yang start dulu. amin dengan muka yang tersengih-sengih terus masuk dalam bilik dia. aku taktahu la apa dia buat, tapi tak lama lepas tu dia keluar balik dan bagi adik aku handphone dia.
"waahh!adik, tengok inbox dia, " saje aku kenakan dia.
"takde nye aku dah delete dah mesej,"
"haha.. aku dah agak dah patut lah ko masuk bilik tadi,"
adik aku check contact, jahat betul tengok privacy orang. tapi hampa kata adikku, contact dia semua nama singkatan kecuali nombor telefon family kitorang. NR la, ZN la.. huhu.. tak dapek den nak tahu namo aweknyo.

kucing ni berbunyi meow meow
ilham ni sangat minat dengan kucing kat rumah dia memang banyak lah kucingnya. tapi hari tu ada yang mati sebab sakit katanya. Bubu kucing aku ni pun aku ambik dari rumah dia. setiap kali aku datang kalau tak tunjukkan kucing-kucingnya yang montel tu memang tak sah. dan setiap kali tu juga lah dia tanya aku,
"Bubu sihat? bawak lah Bubu datang sini,"
ayah aku cakap cara dia cakap macam nak ambik Bubu balik sebab seluruh adik beradik si Bubu dah mati sebab sakit mata hari tu. tak dapat lah der aku nak bagi si Bubu aku tu. huhu..

inilah jadinya kalau dah takde idea tapi masih nak update blog. apa yang aku merepek pun aku taktahu.huhu.. harap korang paham apa yang nak sampaikan di sini. sayangilah sepupu-sepupu anda. 

4 virus attack:

Rie berkata...

sepupu aku semua da besar2...x kan dptnye situasi yg camni skrg hu3...dgn anak buah ade le...

cik zaza berkata...

anak buah pn boleh..hehe..

jijie berkata...

haha..patutnya ko cite dak yam fire nek dengan kata2 dia.. marvellous

cik zaza berkata...

@jijie : tak boleh lah..kata2 dia tu nati org tak smpai hati nk baca..haha