mood bila ada yang dah nak start sem baru tapi aku masih menunggu

Salam...
agaknya apalah yang aku dok fikir atau ntahapehape aku dok fikir. dan apesal aku ni? oitt! bangkit! bangkit!
ok, maafkan aku permulaan yang tak berapa nak cantik. macam lah selama ni starting aku best sangat. lala.. pagi-pagi buka facebook yang kononnya aku malas nak buka tu, aku dapat satu wall post. wall post seorang kawan dari ganu. atau mungkin seorang kawan yang aku boleh kata mesraaa... walaupun tak pernah jumpa. apa taknya, belum pernah jumpa dah rindu merindui aku. tapi insyaAllah dalam tahun 2011 nanti dia akan datang menjengukku di melaka. nak jumpa 'boyfie' dia katanya. err.. boyfie ke kakak? 

adik! akak dah nak balik ipoh hari ni!

excited nak balik ipoh. oh, dia seorang guru di IPG. guru bahasa melayu gamaknya. aku baca post tersebut, mula-mula takde perasaan sebab masih mamai baru bangun tido. HAHA. kantoi. kali kedua aku baca, waahh! aku dapat rasakan kegembiraannya. taktahu lah kenapa dia nak gembira sangat mungkin sebab rumah sewa baru di ipoh. ataupun ada perkara lain. ahh, biarkan aje sebab aku yakin korang taknak ambik tahu. korang bukan kenal pun dia. lala..

dan aku pula, semakin lama menanti menjadi semakin bosan pula,

"weyh! bila nak start sem baru ni?!"
"aku dah tak sabar nak jumpa lecturer thermodynamics yang buat aku withdraw subjek sem lepas. huhu.."

memang teruja aku untuk berjumpanya semula. yang pasti kerja-kerja lab aku dah pernah buat insyaAllah takde masalah untuk buat sekali lagi atau buat report. yang pernah aku hadap sampai pukul 4 5 pagi dulu. sampai ter-accident aku sebelum selesaikan report tersebut. HAHA.

aku juga tak sabar menunggu bulan 1. kenapakah? nanti korang akan tahu juga. tapi tak boleh nak hepi sangat, orang tua-tua cakap kalau hepi sangat nanti satu hari menangis tak hengat. wallahu a'lam aku pun taktahu kesahihan kata-kata tu. mungkinkah orang tua tersebut nak kata menangis kegembiraan? ye lah agaknya. 

hari ni dah khamis. esok jumaat sudah pun diumukan cuti bagi yang berada di malaysia sahaja ye. yang kat Rusia ke Korea mahupun Egypt jangan menggatal nak cuti juga. yang ada kelas pergi kelas yang kerja pun sama. walaupun originally korang orang Malaysia. pastu start lah cakap semangat kesukanan lah, satu malaysia lah. baru sekarang lah nak bersemangat bagai. bagi yang berada di Malaysia sekarang ni, selamat bercuti ye. hehe.

ok, sebelum korang bosan dan sebelum aku jauhkan jari dari laptop ni sila-silalah dengar lagu ni. aku tahu korang bosan dengan blog yang kusam gelap mahupun boring pastu takde hiburan pulak tu. yelah, tahu lah blog aku tak sehebat blog mereka yang buka buka je boleh luruh jantung aku dek widget-widget mahupun lagu yang mengikut citarasa mereka. sampaikan aku terpaksa mute speaker laptop aku ni. tak pasal-pasal aku terpaksa tido hospital. aku ni tak boleh terkejut tak caya tanya kawan-kawan aku. tu pun kalau korang tahu sape kawan-kawan yang maksudkan tu. 
ok, selamat mendengar happy lines nyanyian yui.


jangan tanya aku kenapa mesti lagu Yui. harus faham sendiri. hehe.
ok, thanks for reading.  
ja ne..


p/s ni lah akibatnya mood tak menentu. entri pun takde hujung pangkal. HAHA

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
cian ko,xpe ak jd sesatunye pengkomen post ni k,hahahaha... XD
Zazachan berkata…
@Tanpa Nama HAHA.. komen ke?lala
Tanpa Nama berkata…
klu da ad virus atack 2 coment le makcik... xp
ak kcewe sbb da xdikenali da... =(
Zazachan berkata…
@Tanpa Nama alahai nak tachink2 lak mamat ni..HAHA.. aku tau la sape ko..alolo.. jgn le ngajuk encik kwn baik..

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.