lagi lagi diorang ni..aduhai..

day 24 : the person that gave you your favorite memory


setakat ni favorite memory yang aku ingat sampai sekarang dan menjadi pengubat dukaku adalah masa aku dan kawan-kawan aku study kat cafe ramai-ramai. masa tu dah tentu la lagi 2 3 minggu nak final so guard tak berapa nak tegas sangat. tapi lama-lama baru pak guard jadi tegas. pukul 12 dia dah tutup lampu cafe. paling sedih kalau dia dah kunci pagar asrama. pergh!tak pasal-pasal kena panggil pak guard suruh bukakan pagar. kalau dah malas sangat tu ada jugak yang terus panjat pagar asrama tu.hehe..tapi aku tak buat la..

ikut la, malam tu nak study apa. kadang-kadang sorang study physical chemistry, sorang study maths, apa-apa subjek untuk sem 1 masa tu la. disebabkan masa sem 1 kami tak lagi diasingkan ikut course so, kami bolehlah study sama-sama. masa study tu la yang jadi kenangan aku sampai sekarang. walaupun dah dekat setahun.pergh!dah lama rupanya aku kat micet tu. dah hampir separuh jalan sebelum aku grad.insyaAllah.. 

kami start turun cafe dalam pukul 8 ke atas, pukul 12 ke atas kami start karok.hehe..yela, takkan nak study je mesti la ada masa-masa nak hilangkan tensi walaupun sekejap. tak kisah la lagu apa yang keluar kat sape-sape punya handphone. rasa-rasa penah dengar dan berbakat untuk menyanyikannya sure dah terpekik terlolong sambil memandang nota. nota?kompen la hiasan je masa tu. kadang-kadang tu kami buat choir kat cafe tu.hehe..sebab tu kot pak guard terus jadi tegas lepas tu..

masa tamat kitorang ikut suka. kalau dah start rasa seram sejuk tu kitorang balik la bilik. kadang-kadang tu sampai pukul 3 pagi lepak kat cafe. tu yang sampai ada kes panjat-memanjat pagar tu. hah!lagi satu malam-malam camtu la best duk bercerita. tak kira la genre cerita tersebut. dari seram, komedi mahupun aksi.hehe..

walaupun kenangan aku ni macam tak berapa nak best tapi bagi aku kalau korang rasa sendiri baru korang tahu best ke tak.lagi satu mungkin aku suka kenangan ni sebab kenangan ni yang buat aku rapat dengan sumbak'f..dan nama sumbak'f tu pun bermula dari kenangan study kat cafe ramai-ramai jugak.hehe..



ni la dia sumbak'f..(asyik gambar ni je..huhu)..ekceli ada tertinggal sorang..

Ulasan

miCoS!! berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
miCoS!! berkata…
hehe..mmg best memories la..
nak2 ble kne pnjt pagar...
tp syg...aku xleh nk tngok gmbr tue...internet cam siput...
ko ltk gmbr ape???
Zazachan berkata…
@micos!! hehe..aku letak gmbo siput pnjat pagar..hahaha..xde la, aku ltk gmbo kite ramai2 masa gi kayak dulu..tepi tasik..hehe

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?