new bloglist
new home new bloglist new bloglist

11 Disember, 2010

Home » » kawan kecik-kecik

kawan kecik-kecik

Salam readers..

day 17: someone from childhood

banyak sangat la kawan yang dari kecik ni..huhu..tapi aku pilih sorang je yang betul-betul aku ingat..masa tu aku sekolah rendah darjah 2..weyh, aku darjah 2 jadi ketua darjah jangan main-main tau..garang ni..haha..budak kelas aku bising je aku ketuk meja orang guna pembaris panjang kat kelas tu sampai pecah meja diorang..pastu nanti ada cikgu disiplin datang kelas aku tanya,"kenapa kelas bising sangat?"
dah tanya macam tu dapat la bonus lepas tu..haha..mesti la ketua darjah dan penolong ketua darjah yang kena..aku le tu..tadah tangan "zaappp!" hamek kau kena ketuk dengan pembaris..

eh, panjang pulak cerita..aku nak cerita pasal assistant aku tu..hehe..aku rapat jugak la dengan dia..dah tentu la, dia pun duk tempat depan aku je dalam kelas..kalau bosan borak dengan dia je la..dia kecoh sikit..aku suruh orang diam dia pulak yang bising..aduh!mana tak makin bising kelas kalau dah assistant pun bising..huhu..masa aku darjah 3 aku pindah sekolah lain..sebab masa tu nak pindah rumah sekali..sekolah dekat je..naik bus sekejap je sampai..hehe..dah tentu la lepas tu aku tak jumpa dengan dia kan..

tak jugak, aku naik form 4 tiba-tiba aku terperasan ada budak baru yang macam muka dia..memang dia pun..tapi kitorang tak sama kelas..masa tu aku nampak dia aku buat tak tahu je..sebab segan nak tegur..takut salah orang ye jugak..lama aku tunggu nak tegur,..at last, masa trial upsr aku dapat seat belakang dia..hoho..apa lagi, masa takde apa-apa nak buat aku borak la dengan dia..masa tu la semua benda aku cerita maksud aku masa aku satu kelas dengan dia dulu la..

hari terakhir trial tu dia ada bagi aku barang..cehh...macam dah takkan jumpa lepas tu pulak..hehe..alah, bukan barang apa pun just bagi aku pen kecik..comel je..ada lagi aku simpan pen tu..tapi sekarang bila aku jumpa dia kat luar dia dah tak kenal aku!huhu..tachink betul..mungkin sebab dah terlalu lama tak jumpa...takpe la, kalau dia baca entri ni aku harap dia tau aku suka kawan dengan dia..

thanks for reading..