new bloglist
new home new bloglist new bloglist

01 Disember, 2010

Home » » jangan pandai cakap je

jangan pandai cakap je


(ihsan tumblr)

Salam readers...

aku sokong kata-kata kat atas ni..aku paling tak suka bila orang duk bagi harapan kat aku but at the end takde apa-apapun..buat aku bertambah bengang lagi ada la..konon la kata nak buat tu nak buat ni untuk aku..suruh aku tunggu bertahun-tahun tapi akhirnya tinggalkan aku camtu je..haish..(eh, emo pulak aku ni..hehe)

apa yang aku nak sampaikan kat sini, jangan la duk bagi orang harapan kalau korang tak boleh nak bagi.atau dengan kata lain janji yang tak ditepati la kiranya..orang yang kena macam tu mesti rasa betrayed bila tahu akhirnya apa yang korang bagitahu tu hanyalah harapan semata.kalau yang tak kuat semangat tu boleh jadi kes bunuh diri wooo!..tak pun korang yang kena bunuh dengan diorang nanti..huhu..zaman sekarang bunuh membunuh macam dah jadi perkara biasa..

tu apa yang berlaku kat diorang yang diberi harapan oleh korang.kalau tak jadi apa-apa tu ok la..tapi korang jangan pikir korang terlepas.satu hari nanti kemungkinan benda yang sama terjadi kat korang balik..karma kot!..mungkin lebih teruk..mana tahu kan..orang kata 1 jari korang tunding kat orang yang lagi 4 tu menghala kat korang..(sesuai ke dengan cerita aku ni?huhu)kiranya sekali korang buat orang berganda-ganda balasan yang korang dapat nanti..

so, biar la orang nak buat kita macam mana teruk sekalipun..sabar je la..diorang yang akan dapat balasannya nanti..yang penting kita tak payah la buat orang k!..wallahu a'lam..


p/s kadang-kadang tu orang buat macam kita yang bersalah walaupun kita taktahu apa salah kita..ataupun kita masih taknak ngaku salah kita?ego menguasai diri kita...