new bloglist
new home new bloglist new bloglist

03 Disember, 2010

Home » » jangan pandai cakap je (part 2)

jangan pandai cakap je (part 2)

Salam readers...
aku tadi bersiar-siar di page yang tercipta di facebook.banyak juga page yang menarik sehingga menggeletek perutku ini.'kami benci tu', 'kami benci ni'.semua benda nak benci sampai buat page.fuh!dahsyat depa ni.tapi dalam banyak-banyak page yang aku belek tadi ada la satu page yang betul-betul buat aku berhenti begitu lama kat wall page tersebut.page apakah?



*****


****



***


**


*



aku rasa tak perlu aku bagitahu kat sini jap lagi ada yang butthurt.mungkin ada di kalangan kamu semua yang join page tersebut.biasa la kalau kita check kebanyakan page yang dilabelkan 'just for fun' mesti mengarut-ngarut je.yang seronoknya baca page mengarut ni komen-komen mereka yang join mesti buat aku tergelak.kadang-kadang page yang depa buat saje-saje untuk luahkan perasaan.mungkin tak berani nak cakap depan-depan tu yang buat page je kat facebook.tak puas hati kutuk kat wall page tu.kalau yang bagus page depa akan di private kan.tak nak bagi kawan-kawan terasa la (kalau page tu untuk kawan diorang).tapi kutuk tu kutuk juga dengan kawan-kawan yang di-invite untuk join saje ok.tu kalau page yang private.

kalau page public?kutuk kencang sampai orang lain terasa.kalau nak menegur tu memang tak salah.tegur la selagi orang-orang yang di-highlight kan tu boleh terima tapi ingat bukan mengutuk dan membuka aib orang lain.ni tak, upload bermacam-macam gambar yang telah di-print screen kan tapi tak edit atau tutup nama dan gambar insan yang di-highlight kan tu.bukankah itu dinamakan membuka aib orang lain?yang tengok semua komen ramai-ramai, kutuk, keji dan macam-macam lagi.kalau pemiliknya tu nampak atau baca mesti sedih.salah mereka yang di-highlight kan hanyalah sebab buat benda yang mereka tak suka.boleh je kan tegur direct.kalau tak nak dengar tu atau melenting balik biarkan je la.asalkan mereka tak buat benda yang melanggar syariat sudah la.

kalau kita fikir balik.kalau kita kutuk orang apa yang kita dapat selain dosa?mereka tak kacau hidup kita tu dah la.ada banyak lagi benda yang lebih penting untuk kita fikirkan.bak kata orang, kalau kita mengata orang macam ni, mengutuk orang macam tu.bukankah itu menjaga tepi kain orang?kalau kita kesiankan mereka sepatutnya kita menegur dengan cara baik.bukan buat satu forum khas dan kutuk bertubi-tubi.dengan kata lain mengumpat.ye tak?ada jugak yang aku tengok orang yang join page seperti itu untuk menegur perilaku admin dan juga orang yang join page tu.Alhamdulillah..ada juga yang nak tegur.tapi apa yang si penegur ni dapat?


"terimalah bonus dari aku!"


contoh je la.tapi takde la mereka yang menegur ni dapat maki ke apa.biasalah kalau manusia tak boleh terima teguran dan nasihat macam-macam la kata-kata yang dibalasnya.sebelum aku akhiri entri aku ni.aku nak minta maaf kalau ada yang terasa dengan kata-kata aku.aku tahu aku pun tak bagus untuk menegur orang.kita hanya manusia biasa yang tak lepas melakukan khilaf.tapi kita tak salah nak menegur,bukan?kita sama-sama betulkan dan perbaiki apa yang salah.insyaAllah..