insaf aku semalam. kononnya nak photoshoot tapi dapat tengok aksi budak zaman sekarang

Salam..
hari ni bangun pagi agak awal walaupun bangun bangun aku sorang je tinggal kat rumah. nak buat macam mana semua dah berangkut pergi kerja cuma aku sorang je yang bekerja dan sedang menanti semester baru yang tak lama lagi ni. kalau dah start sem nanti for sure aku susah nak balik rumah walaupun rumah mak aku dengan rumah sewa aku tu satu negeri je. busy la kononnya. sabtu ahad kompem ada discussion itu discussion ini. selagi tak grad macam tu selalunya walaupun discussion kami kadang-kadang tak temui jalan penyelesaian.


hari ni buka blog dapat pula satu tag dari member sekolah aku. tag saje-saje, bukannya contest. sebelum ni dapat satu tag contest dari seorang blogger. tapi sampai sekarang aku tak berpeluang nak buat. contest bergambar bersama mr.teddy. mula-mula dapat contest aku rasa excited juga nak masuk. tapi bila tengok nak kena bergambar dengan mr. teddy tak jadi pulak aku rasa. sebab aku takde teddy yang sesuai untuk contest tu. teddy feveret aku kat rumah sewa. entah dah berhabuk agaknya. kat rumah ni tinggal teddy yang aku dah lama tak pegang. hurm.. banyak pulak alasan. ok, fine. aku memang malas nak masuk contest tu. huhu.. tapi aku tetap akan upload gambar aku bersama teddy yang ada kat rumah ni. kempunan pulak orang yang tag aku tu nanti nak tengok gambar aku dengan teddy.




gile pandai aku berlakon menyayangi cik chichie ni. banyak betul kisah silam dari cik chichie. eh, taklah. satu je. HAHA. yang pasti kisah tersebut buat aku benci pada diri sendiri. apa heck nak benci-benci diri sendiri ni bai? sebab itu lah aku malas nak masuk contest, nanti kena cerita benda-benda yang tak sepatutnya. contohnya macam mana aku dapat cik chichie ni. kenapa panggil chichie dan segalalah yang berkaitan. taknak aku, yang lepas biarkan lepas.


yang tag saje-saje tu aku buat kat bawah ni. silalah baca. tak banyak pun soalannya sebab tag ni berupa award entah sape pemilik asal aku pun tak tahu.







berikan nickname pemberi award
aku kenal dia dengan nama fatin.

ucapan untuk pemberi award
thanks yo ! (sila ucapkan seperti cat dalam jangan pandang belakang congkak)

listkan 6 artis, band, group yang anda minat
YUI, cn blue, jojo, yamashita tomohisa, cheryl cole, maher zain

bagi 10 orang blog meletop dan aku jeles
sape nak burung hantu ni? angkat kaki cepat! hoho.. amek je lah aku bagi free tapi buat soalan tag k.






ok, selesai satu tag yang baru dapat pagi tadi. bajet ada tag lain. HAHA. 


semalam kononnya nak ber-photoshoot dengan style tudung baru tapi tak sampai hajat den. adik aku terpaksa berangkat ke KL atas urusan yang penting katanya. dan dia tinggalkan aku sorang-sorang di dataran pahlawan. kalau berteman best juga. aku lepak berjam-jam kat padang di antara carrefour dan dataran pahlawan mall. tapi bukan di tengah-tengah padang ye. tengah dok lepak tu ternampak pulak aku scene yang tak ingin kita lihat. budak-budak baru nak naik ni lah. ada dua kumpulan kat depan aku masa tu. satu kumpulan perempuan, dua orang je depa. dan satu lagi kumpulan lelaki, ada dalam lima orang. aku perhatikan je kegiatan diorang. sebenarnya yang perempuan dan lelaki tak kenal satu sama lain. apa yang aku nampak lah. yang perempuan macam tengah tunggu someone. sape tu aku taktahu. perempuan ni tengah duduk ni tiba-tiba datang dua orang lelaki dari kumpulan lelaki tersebut menghampiri yang perempuan. nampak macam tengah mengayat. sebab perempuan tu macam malu-malu. seriously, tak sampai seminit aku tengok perempuan-perempuan tu dah ikut kumpulan lelaki tu. ya Allah. macam takde rasa malu je. baru kenal pulak tu dah boleh ikut lelaki. ke mana tu aku taktahu tapi diorang menuju masuk ke dalam mall. 


dah rasa b****t dah panas aku bergerak ke tempat lain tapi sekitar padang tu jugak. wahh! semalam ramai juga yang ber-photoshoot kat padang. ada yang lompat ada yang duduk yang baring pun ada. aku tengok je lah. nak photoshoot pun tak best sebab takde member untuk jadikan model dan untuk jadi photographer. tengah duduk layan perasaan tu tiba-tiba datang dua orang perempuan tadi kat tempat yang aku duduk tu. macam nak menyorok dari seseorang je. berdekatan tempat tu ada dua orang lelaki dari kumpulan yang lagi satu seperti sedang menunggu. mula-mula aku fikir perempuan tu nak larikan diri dari lelaki yang diorang baru kenal tadi. tapi ternyata pemikiran aku meleset. menurut firasat aku, diorang macam nak larikan diri dari orang yang mula-mula diorang buat janji. taktahu lah mungkin boyfie diorang. sebab, lepas diorang puas menyorok dekat belakang aku tu diorang terus pergi jumpa lelaki-lelaki yang tadi tu. ish. ish. tak paham aku. pelik juga kenapa diorang tak usya aku. HAHA. perasan sat. mungkin masa tu diorang nampak aku pegang dslr milik kakak aku, diorang mesti dapat agak aku lebih tua dari diorang. atau diorang fikir aku bukan orang situ. tapi aku pelik kenapa senang sangat yang perempuan tu ikut lelaki yang baru diorang kenal? murah sangat ke? sedihnya yang perempuan tu bertudung.


kadang-kadang best jugak dok sorang tengok gelagat orang sekeliling kita. dapat muhasabah diri dan timbul keinsafan dalam diri kita. semoga kisah aku ni juga dapat memberi keinsafan kepada yang lain. insyaAllah.
ok, ja ne..

Ulasan

Black berkata…
emm,
budak zaman sekarang.
CikMomo berkata…
budak zaman sekarang, haih :)
Zazachan berkata…
@carthurm..tu lah dah tak terkata..huhu
Zazachan berkata…
@hanstak perlu kata apa mungkin. diam tak semestinya setuju kan? hehe..
Unknown berkata…
purple laa pulak intense debate dh buang ke....organisasi xmau join ke
Zazachan berkata…
@Kazen mmg purple dari dulu kot..huhu.. aku dah mls nak guna intensedebate sbb kdg2 tu komen aku tak keluar..

nk join tp aku ni jenis mls jap gi keje satu pn aku tak buat..huhu

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

perempuan mata beso ni cantik benornye..

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.