new bloglist
new home new bloglist new bloglist

22 Disember, 2010

Home » » ini bukan cerita sedihku tapi aku tetap menangis

ini bukan cerita sedihku tapi aku tetap menangis

Salam...

semenjak dua menjak ni aku jadi semakin jiwang dengan melayan dan menghayati lagu-lagu tangkap leleh punya. aduh! apa dah jadi dengan aku sebenarnya. kadang-kadang penghayatan aku membuatkan aku menangis. adehh! agak-agak la kalau nak menghayati lagu pun.

aku sangat merindui saat-saat aku berada di matrik dulu di mana aku digelar hati batu  oleh rakan-rakanku. apa taknya tengok cerita yang boleh dikatakan ramai orang melelehkan airmata menontonnya tapi bila aku tengok... sikit pun tak meleleh. tiada perasaankah aku? yang paling best ketika kami beramai-ramai menonton cerita seram di dalam kesuraman malam dengan lampu bilik farah di tutup. yang lain menjerit-jerit dek terkejut dengan hantu yang menyergah (kadang-kadang hantu tak keluar bunyi je lebih) tapi aku boleh pandang skrin laptop farah macam takde rasa takut pun.tapi itu semua berakhir sejak hari itu. sudah! malas nak cakap lagi peristiwa yang meragut hati batuku. 

masuk hari ni dah berpuluh lagu aku nyanyikan sambil meneliti lirik-lirik lagu-lagu tersebut. (bajet suara merdu bak buluh perindu. hehe..) walaupun lagu-lagu jepun mahupun korea yang sememangnya aku tak faham, sanggup cari translation nak menghayati punya pasal. aduh! dah sawan agaknya. bak kata kawan aku ni sawan kategori melalak ke apa? dan bak kata farah, sawan pun ada kategori ke? bak kata aku, kita adakan apa yang takde. hehe..

kenapa aku beriya-riya sangat cakap pasal hati, perasaan, dan penghayatan ni? entah.. tiba-tiba saja terlintas di kepala otak aku. takpe la, elok juga dari biarkan blogku dibiarkan tidak ber-update melainkan entri surat-surat cinta yang tak macam surat tu. sebelum aku tutup entri ni aku nak sajikan korang semua dengan lagu yang aku asyik dengar dari hari tu, it's all too much oleh Yui. blog ni pun bosan takde lagu kan.



maaflah, lagu jepun aku tahu korang tak faham. kalau rajin carilah translation lagu ni ye.
thanks for reading.


4 virus attack:

baincardin berkata...

Jom layan 'Part 4' plak. ngeeee....^_^

cik zaza berkata...

baincardin: byk part la pulak..huhu

kei berkata...

wah nameku disebut byk kali nie.. bangga seh hehe xD

sapalah yg bwt virus ko minat YUI nie kan?? hehe xD

cik zaza berkata...

kei: promote blog ko sbnrnya..haha..yela2 ko la org yg buat aku gila kt yui..