hari sabtu aku nak kawen. korang semua di jemput datang.

Salam...
orang dah nak start belajar, budak sekolah pun minggu depan dah start sekolah masa tu lah nak buat majlis perkahwinan. orang dah alami malam pertama dah pun baru nak kawen. HAHA. oi..oi.. bukan aku le yang nak kawen sabtu ni. makcik aku a.k.a maklong aku belah emak. tajuk macam aku pulak nak kawen. sapelah nak kawen dengan aku. takde orang yang masuk meminang pun. kalau ada yang masuk pun macam aku nak terima. HAHA. belajar lagi le.

semalam mak aku dok rumah nenek aku sampai ke tengah malam untuk menyiapkan hantaran untuk maklong aku yang berdulang-dulang tu. uik, bukan setakat untuk maklong aku. untuk yang lelaki punya sekali le. kesian mak aku dok buat sorang-sorang. yang diorang pulak asyik nak memerintah je. buat macam ni, jangan buat macam tu tak cantik. pastu bila dah ikut apa yang disuruh tak jadi pulak. suruh buka balik buat cara lain. adoyai! geram jugak aku kadang-kadang. nak tolong mak aku tapi takut hantaran tu rosak pulak kena tangan aku. dah menyusahkan mak aku. so, aku boleh tolong yang simple simple je. nasib baik mak aku tak disuruh buat pelamin. boleh pengsan mak aku jap lagi. korang pun lepas tengok pelamin yang depa mesti korang tak sanggup nak buatkan. besar kot! jap jap aku upload.



ni gambar yang paling besar dapat ambik. tapi tak ambik habis tu. kat belah tepi tu ada lagi sisa-sisa yang mak aku tak dapat nak ambik. ini pun mak aku kata dah jauh habis dah jarak untuk ambik gambar pelamin ni aje. korang boleh bayangkan macam mana pelamin-pelamin artis yang bersanding kat dewan ke hotel ke. haa.. lebih kurang macam tu lah besarnya. tengok kipas pengapit pun dah macam kipas raja-raja gitu. 

tak sabar aku nak duduk atas pelamin tu nanti. biarlah takde sape nak jadi pengantin lelakinya. aku bersanding sorang-sorang pun takpe. HAHA. mr. raksasa toksah jeles k. i dah dapat duduk atas pelamin idaman. lala.. pelamin dah vogue aku rasa persalinan depa lagilah vogue agaknya. waahh! tak sabar aku nak try. HAHA. bajet boleh dok try baju pengantin. hoi! mimpi je lah kau ni za.

taktahu lah macam mana majlis sabtu ni nanti. pelamin dah besar gedabak kompem orang yang datang pun besar-besar belaka. err... maksud aku ramai. tu aku tak tengok lagi bilangan khemah yang akan didirikan untuk majlis tersebut. dan kompem aku dan adik aku jadi tukang bagi goodies untuk tetamu. uih, penat kot. berdiri tengah panas. kena pakai sunblock tebal-tebal nanti. HAHA. aku taknak le nanti masuk sem baru kawan-kawan aku dah tak kenal aku. diorang kata aku foreigner ke hape pulak nanti.

takde apa yang nak bebelkan lagi pasal majlis ni sebab belum lagi kan. tengok lah aku buat review untuk majlis tu macam mana nanti. hehe.. semoga majlis hari sabtu ni berjalan dengan lancar. amin..
ok, thanks for reading.
ja ne..

Ulasan

Dr Zaira berkata…
syabas! hamba tertipu!

http://namasayazaira.blogspot.com/
~sal~ berkata…
cantik2.....hehe...
cik.shabah berkata…
alaaa bestnya kawen ;p
Lucy S. berkata…
wow! nak kawen jgk :D
Zazachan berkata…
@zaira haha.. syabas utk beta..lala
Zazachan berkata…
@~sal~ kalo kite yg ats pelamin tu lg cntik kak.. xD
Zazachan berkata…
@cik.shabah jom lah kite kawen dua je..lala
Zazachan berkata…
@Alynn Notnot kawen lah..hehe.. tp jgn lupa jemput sy.. =p
baru nak g umah cik zaza..nasib baik orang lain yg kawen..tak jd la nk g..huhu
Zazachan berkata…
@نورّالعينِ hehe..takpe nanti sy kawen sy bgtau sume.. xD
atiqa aris berkata…
haha saspen je baru nk dtg.;)
Zazachan berkata…
@atiqa aris dtg je lah.. bleh tolong jd basuh pggn..hehe.. xD

Catatan popular daripada blog ini

Bila Si Dia Lupa Tarikh Penting.

Bila Lelaki Kaya Bertemu Perempuan Miskin atau Sederhana.

Gemuk Atau Kurus, Mana Yang Jadi Pilihan?